Wednesday, April 25, 2012

Terlalu banyak sebenarnya kenangan manis yang terjadi antara aku dengan si dia sampai aku dah tak tahu nak post kan dah yang mana satu...apa yang aku leh concludekan kat cnie yang semua benda terjadi antara aku dengan si dia semuanyer kenangan manis...kalau ada yang pahit sekalipun ianyer tidak mampu menandingi yang manis...

Semua kenangan yang terjadi antara aku dengan si dia akan aku simpan kemas dalam kepala aku....even aku dengan si dia tak ditakdirkan untuk bersama sekalipun semua kenangan itu aku tak akan sesekali menghapuskannya...biarlah ianyer menjadi kenangan untuk aku dengan si dia...sekurang-kurangnya aku tahu yang dulu aku pernah suka kan seorang lelaki even cinta aku tak berbalas...

Aku tak tahu apa yang dah terjadi dengan aku nie...apa perasaan aku terhadap si dia pun aku dah tak pasti sekarang ni dan apa yang aku pasti la...aku nak hanya si dia jer yang menjadi teman aku..tu jer yang aku pasti yang aku nak dari si dia...tak ada yang lain aku mintak selain dari tu...kalau orang kata ku nie gila..ya memang aku gila...aku gila kan si dia yang berada jauh dari jangkauan aku...aku pun tak pasti sama ada aku mampu untuk menggapainya ke tak...selagi aku bernafas atas muka bumi ini...selagi aku ada peluang untuk menggapai si dia...aku akan berusaha sehabis mungkin untuk menggapai si dia supaya si dia menjadi milik aku...tak kira betapa banyak onak dan duri yang perlu aku tempuh, betapa dalam sekalipun laut dan betapa tinggi sekali pun gunung tersebut....aku sanggup lakukan semua tu janji si dia akan jadi milik aku....YA memang aku gila sekarang nie...gila kerana cuba untuk memiliki lelaki yang aku sendiri tak tahu apa perasaannya terhadap aku...mungkin aku hanyalah kawan sahaja di mata si dia...

Kata orang kalau kita jumpa dengan orang yang telah ditetapkan menjadi jodoh kita...kita akan rasa berdebar-debar...adakah betul si dia dijodohkan untuk aku sebab setiap kali nama si dia keluar tak kira la di mana-mana sekali pun perasaan itu datang...even nama si dia keluar dari online skype pun aku dah rasa berdebar di tambah plak kalau si dia berskype dengan aku...lagi la debaran tu aku rasa..itu pun baru melalui skype...tak kira lagi kalau aku berjumpa or terjumpa dengan si dia...maybe time tu jantung aku dah meloncat keluar dari tubuh aku kut...hehehhehehe...betapa kuatnyer penangan perasaan aku terhadap si dia sehinggakan jantung aku pun leh terloncat keluar kut...

Dulu aku pernah sukakan seorang lelaki..tu pun cinta sebelah pihak jugak....kalau nak dibandingkan debaran yang aku rasa terhadap lelaki tu pada masa itu dan debaran yang aku rasa terhadap si dia pada masa kini....si dia lah yang menjuarai nya....kerana debaran aku terhadap si dia memang tak ada tolak bandingannya...kerana debaran yang tak kuat itulah akhirnya aku dengan lelaki tersebut putus hubungan..sampai sekarang we all tak jumpa dan tak bersembang macam dulu-dulu lagi....dulu dia pernah menyatakan hasrat untuk couple dengan aku tapi disebabkan time tu aku still lagi belajar dan fikiran aku still lagi tak matang...aku anggap semua itu hanyalah gurauan dari dia...kalau la dulu semua itu aku tidak menganggap ianya gurauan pasti time ni aku dah menjadi milik dia kan...alangkah bodohnya aku time tu kan...tapi tu la..saper la kita nak tentukan semua itu...kerana Tuhan telah menetapkan semuanya untuk kita...maybe ada hikmah disebalik semua ini...maybe Tuhan nak kenalkan aku dengan si dia sebab itulah Dia tak buka kan pintu hati aku untuk menerima lelaki tersebut pada time tu...dan maybe jugak aku tak akan kenal dengan si dia...cantik betul peraturan yang Tuhan tetap kan untuk aku...kerana menolak hasrat lelaki tersebut suatu masa dulu kini aku kenal dengan si dia...sekarang ini hanya si dia saja yang mengisi ruang hati aku...

Aku tak pernah menangis disebabkan lelaki kecuali family aku jer...almaklumlah dalam 6 orang adik beradik aku tu hanya aku sorang jer yang perempuan..semuanyer lelaki..so per lagi..jadi mangsa buli la aku tapi nasib baik aku anak ke-2 so aku dikira kakak kepada mereka semua...even aku mempunyai ramai kawan lelaki tetapi tak ada sorang pun yang berjaya membuatkan air mata aku mengalir tetapi si dia...si dia lah orang pertama yang berjaya membuatkan air mata aku mengalir...terima kasih kepada si dia aku ucapkan kerana telah berjaya membuatkan air mata aku mengalir...aku pun tak tahu kenapa aku boleh menangis kerana si dia...hanya kerana sikap si dia saja sudah membuatkan aku mengalirkan air mata..tak ditambah lagi dengan kata-kata yang si dia ucapkan...hanya si dia yang mampu membuatkan air mata aku begitu murah sekali untuk mengalir...cukup hebat penangan cinta aku terhadap si dia kerana setiap kelakuan yang dia lakukan yang menyakitkan mata dah hati aku...aku mengalirkan air mata...aku benci dengan situasi tersebut...


Sebolehnya aku tak mahu untuk mengalirkan air mata sedikit pun kepada si dia..aku tak nak si dia menganggap aku lemah biler si dia tengok air mata yang mengalir di pipi aku...

0 Comments:

Post a Comment