Wednesday, April 11, 2012
Tiba-tiba jer datang mood rajin ari nie nak post something kat cnie...kalau nak dikira la kan..aku ni bukanlah orang yang rajin nak taip menaip sebenarnya tetapi disebabkan tak nak bagi blog ni bersawang so terpaksa la aku merajinkan diri aku untuk menaip semua benda yang terjadi dalam hidup aku..tak kira la happy ke sedih ke...janji ada cerita yang boleh aku ceritakan kat sini..xder la blog ni bersawang nanti...dulu nama blog ni Pahit Maung Kehidupan (kalau tak silap) tapi sekarang ni blog ni dah bertukar nama menjadi Saat Hati Berbicara Tentang Cinta...sebab apa nama blog ni cam nie..sebab dalam blog ni banyak cerita-cerita cinta yang aku post kan kat sini..cerita cinta antara aku dengan si dia..even cinta bertepuk sebelah tangan sekalipun aku tak kisah janji aku leh kongsikan kat sini...
Banyak kenangan manis yang terjadi antara aku dengan si dia pada tahun lepas..semua kenangan-kenangan tu tak mampu aku lupakan walau sebesar kuman sekalipun...even benda ni dah berlalu lebih kurang 7 bulan yang lalu tetapi semuanyer still lagi segar dalam minda ku ini...rasanya benda ni macam baru jer berlaku kepada aku...
Aku tak ingat bulan berapa aku start kenal si dia...apa yang aku ingat, first time aku jumpa dia biler aku diberi kerja oleh Kavitha untuk test satu defect...time tu order yang aku buat tu tak boleh nak submit dan aku terpaksa menghantar email kepada seorang apps team dari ACN untuk solve kan benda ni...dan apps team tersebut ialah si dia...dari situ la aku kenal si dia...tapi that time aku dengan si dia tak rapat sangat..hanya biler ada issue baru aku akan cari si dia...kalau tak kami ibarat orang asing yang tak kenal antara satu sama lain...makin lama aku bekerja dengan si dia makin rapat hubungan kami dan aku tahu bagi si dia hubungan ini hanyalah berlandaskan kerja sahaja...kerana aku merupakan client bagi si dia...dan dari situ la bermula nyer gosip cinta antara aku dengan si dia yang mula di hebohkan oleh kawan-kawanku yang lain...aku bernasib baik sebab gosip ini tak sampai ke telinga si dia...gosip ini hanyalah antara kami-kami semua jer....mulut aku jer menafikan semua itu tetapi hati aku mengiyakannya...aku cukup gembira sekali biler semua kawan-kawanku menggosipkan aku dengan si dia..dari situ la perasaan sayang aku terhadap si dia mula bercambah...aku pun tak sedar sebenarnya tetapi lama kelamaan biler si dia datang saja menghampiri aku, aku rasakan debaran yang cukup kuat melanda hati aku..
Aku sangkakan hubungan aku dengan si dia akan tamat begitu saja kerana aku terpaksa berpindah ke level yang lain setelah company aku membuat rombakan besar-besaran kepada structure company...setelah rombakan berlaku aku di assignkan untuk join team yang lain iaitu team billing...disebabkan my new bos ada di tingkat bawah so aku terpaksa berpindah ke tingkat bawah...time tu hanya Tuhan jer yang tahu bagaimana perasaan aku biler aku terpaksa berpindah ke bawah...aku rasa sangat-sangat sedih sebab aku tak akan dapat lagi melihat si dia...tetapi aku dikira bertuah lagi sebab telah terpilih untuk join last project dari nova...project yang dinamakan R3L3 atau SOLO...last project for NOVA...dan yang lebih menggembirakan hati aku biler aku dilantik menjadi leader untuk B2C bersama-sama dengan sorang lagi member aku...pada mula nya aku menentang sekeras-kerasnyer perlantikan kerana aku rasa yang aku memang tak layak untuk menjadi leader tambahan plak aku dikehendaki bekerja denga Kavitha yang of course nya aku terpaksa speaking dengan dia kerana dia foreigner...almaklumlah that time my english memang broken sesangat...setelah dipujuk oleh bos aku akhirnya aku pun setuju untuk menggalas tanggungjawab itu tetapi aku bersyukur sebab member aku yang sorang lagi tu banyak membantu aku dalam melaksanakan tanggungjawab ini...love u friend..
Setelah hampir 2 atau 3 bulan berada di tingkat bawah akhirnya aku dipanggil balik untuk naik ke tingkat atas...tingkat lama ku dulu..bermakna time tu aku dengan si dia akan berada di tingkat yang sama semula...disebabkan SIT untuk SOLO nak start dah tak lama lagi..bos lama aku mengesyorkan kami semua naik ke atas kembali kerana bagi dia senang untuk kami bekerja atau communicate dengan semua ACN yang join project nie..semua ACN testing berada di tingkat atas dan kami juga terpaksa naik semula ke atas...time tu rasa dah jadi cam bola...biler tak nak ditendang dan biler nak dikutip balik...sepanjang aku berada kat bawah tidak pernah sekalipun aku melupakan si dia...si dia sentiasa bermain dalam minda aku...even aku berada di bawah aku still lagi leh tengok si dia..si dia kadang2 turun untuk jumpa apps team yang lain...kadang-kadang si dia ada jugak turun mencari aku kerana time tu sorang lagi member aku tu cuti kahwin...aku masih lagi ingat first time dia datang cari aku tika itu aku berada di tempat Y...time tu Y cuti bersalin..disebabkan tak nak duk sorang-sorang dikepulauan lain aku duk sebelah A...time tu aku terpaksa tolong A tuk test something sementara Y naik semula..itu pun tak lama...dan time tu aku tak terfikir langsung yang si dia akan datang mencari aku...lupa la plak apa yang si dia tanya aku time tu...bermula dari situ acap kali jugak la si dia datang mencari aku...
Dalam bulan 8 kalau tak silap aku SIT bermula...time tu aku ngan 2 orang lagi member aku ni cukup-cukup busy untuk test semua scenario yang telah di assignkan untuk we all semua...time tu kami still lagi kat bawah...kita orang selalu dikejar oleh Cik K untuk mengcompletekan task yang kita orang dapat sebab nak mencapai peratus supaya our percentage for B2C tak menjadi merah...kerana tu la we all selalu di pushkan oleh mereka semua...dalam SIT ongoing Cik K tiba-tiba mengambil cuti untuk pulang ke kampungnya..kalau tak silap dalam 2 minggu jugaklah Cik K bercuti...dan sepanjang Cik K bercuti si dia lah yang amik alih kerja Cik K..selalunyer Cik K yang turun ke bawah tetapi kini si dia yang turun ke bawah...dulu disebabkan lama tak nampak si dia perasaan aku dah kembali tenang dan aku sedikit sebanyak dapat melupakan si dia tetapi sejak si dia mengambil alih kerja Cik K...perasaan aku terhadap si dia kembali bertamu di hati aku ini...aduhhhh...time tu la aku rasa cam nak jer meraung ngan perasaan ini...kenapa la perlu si dia yang amik job ni dari Cik K...semakin kerap si dia turun kebawah semakin dalam perasaan ini kepada si dia...setiap kali si dia datang menjengah kami di bawah untuk bertanyakan status tiap kali itu jugaklah hati aku berdebar tak menentu...terasa macam ianya ingin meloncat keluar dari tubuh aku ini...even si dia tak officially datang tempat aku tetapi aku tetap jugak dapat rasakan debaran itu...debaran makin terasa apabila setiap kali si dia duduk di antara aku dengan member aku itu...kerana tak tahan menahan debaran yang melanda hati ini aku mengambil keputusan untuk berada jauh dari si dia...aku membawa diri aku ke tanda untuk menenangkan debaran di dada ini...aku tak mahu si dia nampak apa yang aku rasa time tu...
Sepanjang bermula nya SIT tu....aku acap kali jugak terpaksa balik lewat malam...kadang2 sampai pukul 9 malam baru aku balik ke rumah...kerana ingin menyiapkan kerja semata-mata...setelah SIT dah nak menghampiri dateline dia...kami diarahkan untuk pindah ke atas...biler kami berada di atas makin banyak la kerja yang kami kena buat coz sekarang ni kami berada di depan mata mereka semua...dan berada di atas jugak memberi peluang untuk aku dan si dia berjumpa dengan kerap...kekerapan itulah membuatkan hati aku kembali berbunga riang dengan bunga-bunga cinta untuk si dia...
Sekarang tibalah masa untuk UAT...hari last SIT aku terpaksa menyiapkan semua test data untuk di presentkan kepada user keesokannya...sebelum UAT sebenar berlangsung we all semua ada rehearsal presentation untuk semua itu...disebabkan si dia tak pernah join mana-mana UAT sebelum ini..si dia mengadakan satu rehearsal untuk semua itu...nak tak nak aku terpaksa mendemokan part kerja yang aku pegang iaitu journaling and reporting...aku tak tahu kenapa aku ditugaskan untuk memegang journal dan report tu...aku pernah tanya ngan semua orang kenapa mesti aku yang pegang benda tu lagi...dan jawapan yang aku dapat ialah kerana aku merupakan master dalam bidang tersebut...actually aku bukanlah master dalam journal ngan report tetapi disebabkan selama 3 release aku pegang untuk journal ngan report itu so aku ditugaskan untuk memegangnya sekali lagi untuk last project ini...nak tak nak aku terpaksa mengambilnya tetapi aku telah meletakkan syarat kepada semua...syarat yang aku letakkan ialah...setiap orang perlu test dari awal sampai akhir...maksudnya dari order creation sampai la reporting...sebab we all dah agihkan saper yang kena test tuk product yang ni dan saper yang kena test tuk product yang tu..so dia orang semua kena bertanggungjawab untuk buat semua itu...aku tak kisah kalau kena run semua job itu tetapi untuk mendemokannya aku tak mahu...itulah syarat yang aku letakkan dan semua orang bersetuju...
Sehari sebelum UAT berlangsung...aku perlu menyiapkan semua test data starting from order creation until reporting...hanya aku yang perlu lakukan semua itu...nasib baik la just untuk new install jer tetapi disebabkan user nak tengok end to end so aku terpaksa test dari awal sampai akhir...sangat-sangat memenatkan kerana untuk membuat order creation ianya memakan masa dalam 2@3 jam untuk completekan satu order...dan hari tu jugaklah aku kena run tuk journal semua bagai..untuk run journal saja dah memakan masa selama 3 jam tak termasuk lagi dengan report...bayangkan kalau aku terpaksa run 3 journal dan 4 report..berapa total masa yang aku perlukan untuk siapkan semua itu...sampai ke malam aku run semua itu berseorangan..nasib baiklah si dia still lagi ada memenami aku...time tu aku dengan si dia berada dalam bilik meeting setelah rehearsal yang kita orang buat tamat...dalam sedar tak sedar masa berlalu dengan cepat sekali...hari sudah semakin larut..kerja aku still lagi tak siap...sorang demi sorang meninggalkan aku...semuanyer balik awal...dan time tu hanya aku dengan si dia jer yang tinggal...si dia sentiasa lagi menemani aku even si dia tak pernah lekat kat dalam bilik tetapi sekali sekala si dia masuk jugak...aku tau si dia tak selesa duduk berdua-duaan dengan aku dalam bilik itu...aku tak menghalang kalau si dia ingin keluar dari bilik tu...
Perkara yang paling menyakitkan hati aku biler journal yang aku run tu ada error...dah la time tu dah tengah malam..confirm la tak ada orang nak tolong tengokkan...sebelum ni aku liase ngan N tapi time tu confirm dia dah balik...aku tanya si dia boleh tak benda ni buat esok..si dia cakap tak boleh sebab takut tak sempat...nak tak nak aku emailkan jugak error tu kepada N...dalam bilik meeting tu kedudukkan kami agak dekat la..sebab setiap kali si dia bangun dari kerusi..kerusi si dia mampu menolak kerusi aku...dan yang paling mendekatkan lagi kedudukan kami biler setiap kali ada issue yang aku nak tanya si dia..si dia datang lagi dekat sehinggakan jarak pemisah antara kami tak sampai pun 2cm...kadang-kadang sampai bahu aku terlanggar bahu si dia dan kaki aku tersentuh kaki si dia...time tu debaran di dada tak payah cakap la..nak tak nak aku terpaksa menjarakkan sedikit tubuh aku dari si dia...tak nak la nanti kalau ada orang tengok menjadi fitnah la plak...dalam pukul 12 malam baru semua kerja aku settle..tu pun dengan bantuan N la..nasib baik la N sudi membantu aku malam tu...N tu baik sebenarnya...dia sudi nak hantar aku balik ke rumah time tu sebab aku takut si dia tak nak hantar aku balik..si dia memang la ada pelawa untuk aku tumpangnya...mula-mula aku tolak sebab aku tak nak susahkan si dia tetapi si dia cakap tak per sebab umah aku on the way nak balik ke umah dia sebenarnya...nak tak nak aku sanggup la tapi dalam tu aku mencuba nasib ngan orang lain jugak...aku bukan per...tak selesa la nak balik ngan si dia tengah-tengah malam cam tu...memang la aku percayakan si dia tetapi aku tak percayakan diri aku nie...orang yang kita suka tiba-tiba pelawa kita balik bersama saper yang tak happy kan...of course la aku happy tetapi memandangkan si dia orang yang aku suka membuatkan aku berasa tak selesa untuk berdua-duaan dengan si dia dalam kereta tersebut...so nak tak nak aku mencuba nasib dengan N dan N sudi nak menghantar aku balik...biler semua kerja dah settle sekali lagi si dia mengajak aku untuk pulang sekali dengannya...nak tak nak aku terima la jugak sebab kalau nak tunggu N lambat lagi dia nak balik...lagi satu dia tak kenal jalan nak kerumah aku...aku boleh jer guide dia tapi kesian plak dia kalau nak balik nanti..tak pasal-pasal dia plak sesat...so disebabkan tak nak menyusahkan N aku balik jugak dengan menumpang si dia..dalam hati Tuhan saja yang tau apa perasaan aku time dan tika itu...
Biler aku dah siap pack semua barang aku dalam beg aku tunggu si dia depan lift sambil-sambil tunggu lift terbukak...tiba-tiba lift berbunyi dan pintu lift pun terbuka dan time tu jugaklah aku dengar si dia panggil nama aku...aku assume yang si dia bimbang kalau aku balik tak tumpang dia...dalam lift tak banyak benda aku bualkan dengan si dia sampai la ke tempat parking kereta..time tu si dia park keta kat D6...fuhhhh jauh giler tu...tingkat bawah sekali tu..dah la si dia jalan cepat sampai tak terkejar aku...sunyi giler kut kat parking tu...terasa seram la jugak..tak dapat bayangkan kalau aku balik time tu dan sorang-sorang plak kat sini...uissshhh..naik meremang bulu roma ku biler fikirkan benda tu...akhirnya sampai jugak aku kat keta si dia...fuhhh...si dia pakai keta Honda kut...cantik siot...dalam hati aku bangga jap sebab akhirnya aku dapat naik jugak keta idaman aku...even keta orang lain tapi aku tak kisah janji aku dapat naik keta idaman aku...keta dia kaler itam...time tu lupa plak nak tgk no plat keta dia...yg sempat aku tgk ialha WSU dan yang lain tak sempat nk tgk...rasa nyesal jugak tak tgk no keta dia...mana la tahu lain kali leh ushar ker....biler masuk dalam keta tu lagi la aku kagum ngan keta si dia tu...bukan stakat luaran jer yang cantik malah dalam pun cantik jugak kut...aku dapat bayangkan yang si dia ni memang pembersih orangnya...keta dia memang bersih giler kut..kalah keta aku...lama jugaklah aku dengan si dia berada kat parking bawah tu...si dia nak panaskan enjin keta dulu...time tu aku dah rasa tak sedap hati dah sebab lama giler kut we all duk berdua-duaan kat bawah..takut benda lain plak yang jadi...almaklumlah tempat yang sunyi dan tak ada orang semua benda leh jadi kan...dalam hati aku tak sabar rasanya nak suh si dia gerak...
Dalam pada tu sempat jugak si dia bergurau yang si dia hanya mampu pakai Honda jer bukan Ferrari..dalam hati aku Honda ada class per..mahal kut nak bayar Honda ni...aku sendiri pun tak mampu lagi nak pakai Honda nie..tapi nak kisah apa kan...gaji si dia mahal kalau nak dibandingkan dengan gaji aku nie...dalam 15 minit jugaklah we all duk berdua-duaan dalam keta tu dan akhirnya kami pun bergerak meninggalkan parking lot tersebut...dalam hati kembali lega sebab akhirnya aku kuar jugak dari parking tu...ikut hati nak jer duk lama-lamakan kat situ tapi biler difikirkan akan musibah yang akan terjadi baik tak payah nak ikutkan sangat kata hati...sebolehnya elok la di elakkan sebelum ianya terjadi....time sampai kat palang untuk kuar dari parking tu aku rasa cam nak nyorot jer ke bawah..tak nak bagi penjaga palang tu nampak aku...mana la tahu kut-kut dia cam ke aku...satu jer yang aku tak suka dengan si dia...si dia suka merokok..dalam keta pun si dia merokok..memanglah si dia bukak cermin tapi aku tak suka orang yang merokok dalam keta nie...aku rasa cam tak boleh nak bernafas kalau ada orang merokok dalam keta...nak tunggu si dia habiskan rokok tu bukan main lama lagi kut...nak tegurkan terasa tak sampai ati sebab aku ni penumpang jer kut...kan tak pasal-pasal kena tinggal kat tepi jalan kan...haru aku nak cari transport nak balik time tu...kalau tinggal kat jalan yang ada taxi stand ok gak tapi bayangkan kalau tinggal aku kat jalan yang tak ada keta yang lalu...kalau ada pun sebuah dua jer...fuhhhhhh seram beb...
Aku ingatkan si dia akan menggunakan jalan yang sama yang aku guna ketika aku balik kerja biler aku drive...upa-upanya si dia guna jalan yang lain..si dia ambil jalan ikut hospital pantai...si dia cakap malas nak lalu jalan setapak takut jem...setahu aku la jalan tu kalau dah tengah-tengah malam cam nie mana jem lagi kut...rasanya dalam kul 9 pun dah clear kut...aku diam jer tak membantah biler si dia guna jalan yang lain tapi ok jugak kut sebab aku leh kenal jalan lain lagi tuk balik umah selain dari jalan yang selalu aku guna tu...tapi aku rasa la kan...jalan yang si dia gunakan tu mengambil masa yang agak lama kut nak sampai...sepanjang perjalanan aku nampak hanya umah-umah yang besar jer sepanjang laluan tu...aku sendiri pun tak leh nak ingat jalan mana yang si dia gunakan coz banyak sangat selekoh yang si dia masuk tapi yang pasti umah kat sana semuanya besar-besar belaka...tak banyak yang kami bualkan dalam keta time tu sebab aku tak tahu nak bualkan apa dengan si dia...time tu yang mampu aku buat pandang jer ke luar tingkap dan tengok umah yang besar-besar...dalam hati terselit sempat lagi menyimpan angan-angan...alangkah indahnya kalau suatu hari nanti umah sebesar dan secantik tu menjadi milik aku..dengan ada nya plak si dia di sisi aku ini sebagai ketua keluarga aku nanti...jauh giler kut angan-angan time tu...aku terkejut dari anganku biler si dia mula bersuara bertanyakan tentang kerja yang aku buat sekarang nie...nak tak nak jawab la jugak tapi time tu aku tak pandang pun pada si dia...aku tak mampu la nak pandang si dia sebab aku takut kalau aku pandang si dia nanti benda lain yang jadi plak...ia la kan..kalau kita bercakap dengan orang kita mesti pandang muka dan mata dia kan baru la leh bercakap tapi aku tak sanggup la nak pandang muka dan mata si dia tu..especially tang mata tu la kerana dari mata akan turun ke hati..tu yang aku tak berani nak pandang mata si dia time aku cakap dengannya...
Sepanjang perjalanan banyak jugak yang kami bualkan..dari pasal kerja sampai la pasal life...life tu tak banyak la...tapi yang pasti banyak si dia yang bercakap dari aku...aku tadah jer telinga aku biler dengar si dia membebel dah meluahkan perasaan tak puas hati si dia dengan bosnya itu...kadang-kadang aku ada la jugak menyampuk tapi tak banyak la...aku bagi peluang tuk si dia meluahkan apa yang si dia rasa time tu...aku rasakan perjalanan aku pada malam tu agak memakan masa jugak la sebab setahu aku la kan...kalau aku ikut jalan yang selalu aku guna tu tak sampai setengah jam pun aku dah leh sampai umah kut sebab jalan tuk dah tak jem kut tengah-tengah malam cam nie...tapi jalan yang si dia gunakan ni rasanya dekat ngan sejam jugaklah baru aku sampai umah...aku tak tahu si dia guna jalan yang mana tapi bagi aku teramat lama sekali aku duk dengan si dia dalam keta tu sampai dah tak tahu nak bercakap apa lagi dah...ada kala kami diam dan ada kala kami berbual...itu jer yang kami lakukan sepanjang perjalanan kami...dekat pukul 1 baru aku sampai ke umah....fuhhhh...time tu biler dah masuk selekoh ke umah terasa macam dapat bernafas la ckit...tapi kan time tu jugak rasa cam tak puas jer duk berdua-duaan dengan si dia dalam keta tadi...rasa cam sayu la plak nak kuar dari keta si dia time tu sebab aku tahu lepas ni dah tak ada peluang lagi untuk aku naik atau tumpang keta si dia lagi...ni lah peluang keemasan untuk aku untuk menaiki keta si dia dan berdua-duaan dengan si dia...itulah kali pertama dan kali terakhir aku naik keta dengan si dia dan itulah jugaklah menjadi kenangan yang paling indah yang pernah terjadi dalam hidup aku ini...naik keta dengan lelaki yang kita suka...aduhhhhhhhh...romantiknyer time tu hanya aku saja yang tau....
*to be continue......*
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)