Thursday, January 26, 2012
Kenapa setiap kali aku cuba untuk melupakan si dia, si dia akan datang bertamu depan mata aku...aku ingatkan sepanjang minggu ini aku dah tak akan jumpa dengan si dia lagi tetapi ternyata aku silap perhitungan..si dia sering kali muncul depan mata aku...kalau benda ni berterusan berlaku kepada aku, aku percaya perasaan sayang dan cinta aku kepada si dia akan datang kembali...aku dah cukup penat untuk melayan perasaan ini...
Semalam aku terpandang si dia tanpa sengaja...itu pun tanpa sengaja coz si dia datang kat tempat kavi...aku tak tahu apa motif si dia datang kat Kavitha sedangkan semua benda antara si dia dengan kavi dah lama habis..ianyer berakhir selepas si dia menjejakkan kaki ke migration team...but it's ok la untuk kelmarin coz aku hanya terpandangkan si dia sahaja tanpa bercakap pun..itu pun si dia tak perasan yang aku TERtengokkan akan dirinya...but for today aku tak dapat nak mengelak dari si dia..
Today once again si dia datang kat tempat kavi dan once again aku TERpandangkan si dia but just only a few second jer then after that aku dah tak pandang si dia lagi...aku ingat si dia akan stop kat situ jer tetapi ternyata sekali lagi telahan aku silap...si dia datang kat tempat dimana aku dengan member-member aku yang lain duduk..aku tak tahu apa motif si dia datang ke sini tapi for that time aku dah rasa kan debaran di dalam hati aku..even si dia datang bukan untuk jumpa aku tetapi ternyata kedatangan si dia ke kepulauan kami berjaya membuatkan hati aku berdebar kembali...bertambah lagi debaran di hati ini biler si dia berdiri berdekatan dengan kerusi yang aku duduk..dan membuatkan jantung aku berhenti berdenyut biler si dia dengan slumber nyer duduk kat tempat my friend sebelah aku nie...dan dengan slumber nyer si dia menegur aku...nak ngan tak nak aku terpaksa jawab jugak apa yang si dia tanya coz that time hanya aku dengan si dia jer yang berada kat tempat..my friend ada kat tempat my friend yang sorang lagi dan sibuk buat kerja yang lain...ada jer benda yang si dia nak bualkan dengan aku tetapi aku cuba untuk tidak melayan sangat si dia...aku takut aku tak dapat nak buang perasaan aku terhadap si dia...tapi time tu hanya Tuhan saja yang tahu apa yang aku rasa...semuanyer bermain dalam hati aku...time tu jugak aku tak tahu apa yang aku rasa..takut atau berdebar atau gembira atau sedih atau sakit hati...semuanyer bergabung menjadi satu perasaan yang aku sendiri tak tahu apa rasanyer...
Kenapa la si dia harus muncul lagi depan aku...tolonglah Ya Allah...janganlah kau wujudkan lagi si dia depan aku kerana aku takut aku tak mampu nak menghalang perasaan aku dari terus menyayangi dan mencintai si dia Ya Allah...aku cuba sedaya upaya aku untuk melupakan semua itu untuk tika dan saat ini Ya Allah...janganlah kau datangkan lagi si dia kepada aku Ya Allah...aku tak mahu lagi dibebani perasaan yang aku sendiri tak tahu apa penghujungnya Ya Allah...aku tak mampu nak memikul nyer Ya Allah kerana aku hanyalah seorang insan yang lemah...insan yang mudah tunduk kepada perasaan...Ya Allah...bantulah hambaMu in Ya Allah kerana hanya Kau saja yang mengerti apa yang aku rasa dan alami tika dan saat ini...
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)