Friday, January 27, 2012

Kau telah menceriakan hari aku hari ini...terima kasih aku ucapkan kepada kawan baik aku kerana dia lah aku happy hari ini...hari ini aku dapat bergambar dengan si dia even bukan secara berdua-duaan tetapi si dia still berdiri sebelah aku...tak kisah posing macam mana sekali pun yang kami amik si dia tetap stand beside me...aku berasa tersangat happy...aku tak jangka dan tak duga yang my wish untuk bergambar dengan si dia akhirnya termakbul...terlalu cepat aku rasakan ia nyer termakbul..baru jer 2 minggu lepas aku cakap dengan kawan aku yang aku ingin sangat bergambar dengan si dia secara berdua-duaan tetapi aku segan untuk memberitahu si dia...tup tup hari ini my wih dimakbulkan...tika dan saat ini aku tak tahu macam mana aku nak describe perasaan aku kerana aku tak tahu apa yang bermain dalam hati aku sekarang ni...sama ada aku gembira or sedih or teruja...tak mampu untuk aku mengdescribekannya...

First picture yang aku amik ialah picture aku dengan Remi dimana aku berdiri berdekatan dengan meja Remi...dalam mind aku time tu aku hanya nak suka-suka jer bergambar dengan Remi...time tu jugaklah si dia berdiri di depan kami dan aku tak assume yang si dia akan join sekali untuk bergambar...aku ingatkan hanya aku dan Remi jer tetapi aku salah perhitungan...dengan tak semena-menanyer si dia masuk sekali...si dia berdiri terlalu dekat dengan aku sehinggakan bahu kami berlanggar antara satu sama lain...biler sahaja bahu kami bersentuhan aku dapat rasakan debaran di hati aku ini...debaran yang aku sendiri sukar nak mengerti..time tu jugaklah aku terpaksa menjarakkan sedikit bahu aku dari bahu si dia supaya bahu kami tak berlanggar lagi kerana kalau bahu kami still berlanggar aku rasa time tu jugaklah hati aku akan pecah kerana terlalu kuat debaran yang melanda...aku tak pasti macam mana eksperi muka aku time tu tetapi aku terpaksa mengcoverkannya jugak dengan senyuman plastik aku itu kerana aku takut debaran yang aku rasa tika itu terpancar di wajah aku dan dapat di kesan oleh si dia...aku cuba untuk berlagak slumber tetapi ternyata ia nyer terlalu sukar untuk aku...si dia tak kira masa dan tempat sentiasa stand beside me...tak kira kemana aku bergerak si dia akan ada dibelakang aku...kekadang rimas jugak coz aku takut si dia dapat baca perasaan aku time tu...sekerap yang mungkin aku cuba melarikan diri aku dari si dia tetapi ternyata aku tak berjaya kerana si dia sentiasa mengekori langkah ku...setelah penat nak melarikan diri dari si dia akhirnya aku menggalah jua...aku dah tak kisah sekiranya si dia dapat baca hati dan perasaan yang aku rasai tika itu...

Apa yang pasti hari ini aku cukup gembira sekali...disebabkan si dia selalu sangat mengekori langkah aku akhirnya aku tarik si dia untuk bergambar dengannya...time tu perasaan malu dan segan aku sudah tiada dan apa yang bermain dalam fikiran aku time tu yang aku mesti bergambar dengan dia walau apa cara sekalipun...kerana perasaan itulah aku nekad tarik si dia untuk bergambar dengan aku...nasib baik si dia tidak menolak ajakan aku itu..kalau la ajakan aku itu di tolak confirm aku akan malu...even that time di belakang kami ada kavi ngan kawan aku sorang lagi tu tapi aku tak kisah semua itu..janji ada gambar aku dengan si dia secara berdua-duaan...dalam gambar tu kami nampak kaku sangat...aku tak tahu macam mana lagi nak posing kalau si dia berada di sebelah aku...apa yang mampu aku buat time tu hanyalah berdiri bak tiang bendera...tetapi aku dapat rasakan yang time tu bahu aku dengan bahu si dia berlanggar...aku terpaksa menjarakkan sedikit jarak aku dengan si dia...nasib baik lah tiada siapa yang perasan akan benda nie...maybe dia jugak terkejut kut dengan cara spontan aku itu...tapi dah nak buat cam ner kan..biler perasaan dah menguasai fikiran..segala kemungkinan boleh terjadi dan salah satunyer aku tarik si dia untuk bergambar bersama-sama dengan aku...kelakar sangat time tu...kemana perginyer perasaan segan dan malu aku time tu pun aku tak pasti...after that barulah aku rasa darah menyerbu naik ke muka aku...time tu malu nyer hanya Tuhan saja yang tahu...

Apa yang pasti...hari ini aku cukup gembira sekali...tak pernah aku segembira ini sepanjang aku mengenali si dia dan hari ini merupakan hari yang paling bersejarah bagi aku...akan aku ingati hari ini sepanjang hayat aku...even bukan dia yang menjadi teman hidup aku nanti tetapi aku akan tetap simpan ia kemas dalam hati dan minda ku...thanks to my friends...kerana dia lah aku dapat bergambar dengan si dia..dan kerana dia jugaklah my wish termakbul...

0 Comments:

Post a Comment