Friday, January 20, 2012

Minggu ini merupakan minggu yang cukup menyedihkan bagi aku kerana minggu ini dan untuk minggu-minggu yang akan datang aku tidak lagi dapat menatap wajah si dia melainkan kalau ada pertembungan yang tak sengaja yang terjadi kepada kami...minggu ini aku telah kehilangan si dia kerana si dia akan berpindah masuk ke team yang lain...biler perpindahan itu berlaku maknanya si dia tidak lagi akan bersama dengan kami lagi...si dia akan berpindah tempat dan tak mungkin aku akan dapat melihat si dia lagi...aku benar-benar berasa kehilangan dan kesepian..aku dah tak dapat nak lihat wajah si dia sekerap yang mungkin lagi kecuali ada pertembungan yang tak sengaja di antara kami nanti tetapi aku pasti yang semua itu mustahil sama sekali bakal berlaku...

Minggu ni aku dapat email dari kavitha yang mengatakan si dia akan berpindah masuk ke team yang lain dan kami terpaksa melepaskan si dia pergi...biler aku tengok semua member aku gembira baca email itu atas pemergian si dia aku jugak terpaksa berlakon yang aku jugak gembira di atas pemergiannya...even mulut aku mengatakan yang aku rela melepaskan si dia pergi tetapi lain plak hati aku berkata...hati aku tak benar merelakan si dia pergi dari pandangan aku kerana aku tahu biler si dia jauh dari pandangan aku..aku akan kehilangan si dia untuk selama-lamanya...itulah perkara yang paling aku takut sekali biler berlakunya perpindahan ini...tetapi aku terpaksa jugak menceriakan hari-hari aku tanpa si dia kerana aku tak mahu semua orang tahu apa yang aku alami kini...biarlah hanya aku yang tahu apa yang aku tanggung kini...

Seriusly jugak aku cakap yang kini aku benar-benar jatuh cinta kepada si dia...aku sendiri tak tahu kenapa dalam ramai-ramai kawan lelaki aku yang rapat dengan aku dan yang masih lagi single sorang pun tak mampu nak menghuni hati aku malah si dia yang berjaya mengisinya...aku sedar siapa aku kalau nak di bandingkan dengan perempuan-perempuan yang lain yang sentiasa berdampingan dengan si dia...aku tidak la secantik dan seanggun mereka semua...tetapi tak salahkan kalau aku nak jatuh cinta dengan si dia...dalam hidup tak ada undang-undang mengatakan yang orang seperti aku tak layak untuk jatuh cinta dengan orang sepertinya..

Aku tak tahu kenapa aku perlu berperasaan ini kepada si dia...kenapa harus si dia yang aku sayang dan cinta...kenapa tidak orang lain yang menghuni hati aku ini selain dari si dia...aku sedar yang aku tak layak untuk si dia..aku tak layak nak ada sekelumit pun perasaan sayang dan cinta kepada si dia tetapi aku tak mampu nak menghalang semua ini dari terjadi...bukan aku tak cuba untuk menghalangnya dari berperasaan begini tetapi aku tak mampu...semakin hari semakin mendalam perasaan kasih dan sayang aku ini terhadap si dia...aku bukan tidak pernah berkawan rapat dengan mana-mana lelaki malahan aku ada ramai kawan lelaki yang sangat-sangat rapat dengan aku yang masig lagi single tetapi aku tak tahu kenapa si dia yang berjaya menghuni hati aku ini...hanya nama si dia yang memenuhi ruang hati aku kini...aku sendiri tak mampu nak menghalang semua ini...betapa terseksanya aku ketika cuba untuk mengelak dari berperasaan begini terhadap si dia...dan akhirnya aku terpaksa membiarkan perasaan ini menular dalam diri aku kerana aku dah cukup penat untuk mempertahankannya...

Dah bermacam-macam cara aku lakukan untuk melupakan si dia dan dan bermacam-macam cara aku lupakan untuk menjauhkan diri aku dari si dia agar senang untuk aku melupakannya tetapi semua cara yang aku buat itu semuanya tak berhasil...alih-alih aku sendiri yang penat...penat dalam mencari jalan untuk melupakan dan menjauhkan diri aku dari si dia...aku cuba untuk tidak bercakap dengan si dia tetapi si dia ada jer benda yang nak di cakapkan dengan aku...apa yang aku perasan kalau sehari jer aku tak bercakap dengan si dia ada jer point yang si dia cari untuk bercakap dengan aku...so apa lagi yang perlu aku buat selain dari melayan si dia...aku cuba jugak untuk menjauhkan diri aku dari si dia tetapi setiap kali aku cuba jauhkan diri aku dari si dia aku rasakan yang si dia semakin dekat dengan aku...aku cuba jugak tak nak jumpa atau terserempak dengan si dia tetapi tak berhasil...semua yang aku lakukan semuanya tak berhasil dan aku dah tak tahu lagi apa cara yang perlu aku buat untuk menjauhkan diri aku dari si dia...serius aku cakap yang aku betul-betul penat dalam mengejar cinta si dia...aku dapat rasakan yang aku hanya mampu mencintai si dia dari jauh ataupun aku hanya mampu mencintai bayang-bayangnya sahaja...betapa kerdilnya diri aku kerana aku tak mampu untuk mencintai dan memiliki hati si dia secara fizikal..

Aku cukup penat sebenarnyer dengan semua ini...makin aku cuba hindarkan perasaan ini makin mendalam ia nya datang...sudah berapa kali hati aku terluka kerana wujudnya perasaan ini...aku benar-benar benci akan perasaan yang aku alami kini...aku tak mahu terluka dan aku tak nak dilukai kerana aku tahu betapa sakitnyer biler hati kita terluka...luka di luar senang untuk disembuhkan tetapi kalau luka di dalam cukup susah untuk di ubati dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh...aku cuba untuk menghalang perasaan ini dari terus berada dalam hati aku tetapi aku tak mampu untuk melakukannya kerana semua ini sudah ketentuan dari Ilahi...mungkin Dia ingin menguji tahap kesabaran aku dalam melalui liku-liku kehidupan yang telah dia coretkan untuk aku...

Seandainya bukan si dia yang kau ciptakan untuk aku...aku bermohon kepada Mu Ya Illahi semoga kau hilangkan perasaan kasih sayang yang wujud dalam hati aku untuk si dia kerana aku tak mampu nak menghadapinya seandainya aku terluka kelak...aku benar-benar bermohon kepada Mu Ya Illahi...dan seandainya si dia yang kau ciptakan untuk aku..yang bakal menemani aku sepanjang hayat...Kau hadirkanlah dalam hati si dia perasaan sayang dan cinta hanya untuk aku seorang sahaja...begitu jugak dengan aku...Kau satukan lah hati kami berdua menjadi satu...hanya itu yang aku mohon dari Mu Ya Illahi...

0 Comments:

Post a Comment