Wednesday, October 27, 2010
Ini la merupakan diari aku selama ini...segalanya aku coretkan kat cni..luahan hati aku yang sedih sampai la yang paling happy aku coretkan disini...aku nak coretkan dalam buku diari tapi rasanya tak elok la...selalunya kalau aku coret mesti tak pendek aku punya coretan..
Aku tak tahu la kenapa semenjak dua menjak nie aku rasa hati aku macam kesepian jer...aku rasa sangat sepi sekali...akuk sendiri pun tak tahu kenapa..kerana disebabkan kesepian ini lah aku makin menjarakkan hubungan aku dengan kawan baik aku tu...bukan aku sengaja tapi aku sendiri pun tak tahu kenapa jadi macam nie...
Aku jugak perasan benda nie...kawan aku tu semakin menjauhkan diri dia dari aku...may be ni jugak merupakan salah satu faktor kenapa hati aku menjadi sepi...dulu aku tak macam nie even dia ada buat hal tapi sekarang aku terasa sangat..terasa kesepian dan kehilangan...adakah aku bakal kehilangan dia nanti?Seandainya itu akan berlaku aku pasrah..
Semua kawan aku tanya aku kenapa sekarang nie aku suka sangat menyendiri dan membawa haluan aku sendiri....aku nampak macam tak happy jer...macam mana aku nak happy kalau hati aku sekarang dilanda kesepian...aku cuba untuk menghiburkan hati aku tapi aku tak dapat...aku tak mampu tuk buat semua tu buat masa sekarang nie...aku sendiri pun tak tahu kenapa...
Mungkin juga aku rasa sepi setelah kawan aku tu tidak lagi sama seperti dulu lagi...aku benar2 rasa kehilangan...aku bukan hendak menghalang dia dari berkawan dengan sesiapa pun tapi sekrang-kurangnya hargai la aku yang dah lama dah kawan ngan dia nie...ke aku ni tak layak nak join dia sekali..kalau benar aku tak layak cakap la awal2 biar aku undur diri dari group nie...
Sekarang nie, apa yang dia buat dia langsung dah tak bagi tahu aku ah...nak kemana pun sekarang nie dah tak info kat aku...macam mana aku tak rasa tersingkir...apa2 semuanya dengan kawan baru dia tu...kenapa semua ni kau lakukan kepada aku wahai sahabat...teruk sangat ke aku sampai kau dah tak nak cakap dengan aku...apa salah dan silap yang telah aku lakukan sampai macam nie sepkali hubungan kita...adakah nie petanda bahawa yang erphubungan kita tak kan mampu bertahan lagi tuk selamanya...
Kau merupakan kawan aku yang paling rapat sekalil...apa2 yang kita lakukan dahulu semuanya sekali...sejak dari diploma lagi semua yang kau buat mesti ada kaitan dengan aku...kita berkawan dari diploma lagi sahabat....semuanya pasal diri kau aku tahu...apa yang kita dapat ari nie semuanya berdua..dari diploma kita satu kelas, duduk plak asrama yang sama cuma berlainan bilik jer n bila sampai degree pun kita still lagi bersama....satu kelas, satu course,satu team,satu hostel n satu bilik...apa yang memelikkannya yang kita dapat tempat praktikal satu tempat dan still lagi tinggal satu umah...habis jer praktikal kita mengganggur jap pastu datang KL nak cari kerja...kita dapat tempat kerja pun sama lagi n still lagi umah sewa yang sama...kita plak didalam dalam team yang sama....semua yang berlaku kepada kita semuanya berdua sampai ada member kita cakap yang kita nie kembar..susah nak pisahkan kerana dimana ada kau pasti ada aku..tapi..............
Sekarang nie kau banyak berubah kawan...makin lama aku rasa aku sedah tak mampu lagi nak memahami kau...kenapa semua nie terjadi kawan...semakin hari semakin sukar aku nak faham perangai dan sikap kau pada aku kawan...adakah aku telah melakukan kesalahan yang cukup besar sehinggakan kau menghukum aku dengan cara tak nak berbual dengan aku...akuk dapat rasakan yang kau dah perlukan lagi aku duduk disisi kau dan kerana itulah bila time balik jer dari kerja aku jalan terkedepan dari kau atau terkebelakang dari kau...aku tahu yang aku akan disisihkan seandainya aku berjalan sekali dengan dirimu dan sahabat mu yang baru...
Mana salah aku....cakap la agar aku mampu membaiki segala salah dan silap aku selama ini terhadap kau...seandainya besar kesalahan yang aku lakukan aku mohon maaf dari mu sahabat...