Wednesday, October 27, 2010
Tak tahu la apa lagi salah aku dengan dia...sejak dari semalam (12/7/2010-Isnin) lagi dengan aku tak cakap sepatah perkataan pun..kalau bukan kerana aku mula tegur dia semalam rasanyer seharian tak cakap dengan aku...angin apa yang datang melanda dia pun aku tak tahu la...
Semalam buleh bilang berapa patah jah aku cakap dengan dia...nampak gayanyer mood dia tak berapa nak comel...sekarang ni kan aku dah malas nak ambik peduli dah la dengan dia...lantak dia la nak cakap ngan aku ke tak...aku dah tak heran dah semua tu...dulu ada la jugak aku kisah coz duduk satu rumah tapi sekarang aku dah tak kisah langsung...lantak dia la nak tegur aku ke tak...kalau tak tegur pun tak rugi...bukannyer dia sorang jah kawan aku nyer...
Ari ni (13/7/2010-Selasa), sepatah perkataan pun tak keluar lagi dari mulut dia...aku dah malas nak start tegur orang nie...kalu orang tak nak cakap ngan kita baik kita diam jer kan...buat apa nak habiskan air liur tuk tegur orang yang belum tentu akan jawab apa yang kita tanya kan...buat malu jer...so keputusan aku untuk ari nie aku nak diamkan diri jer...dah malas nak tegur dia...kalu dia tegur aku jawab dan kalu dia tak tegur aku untuk hari nie aku diam jer la...
Dulu aku selalu mengalah dengan dia tapi sekarang nie aku dah tak nak mengalah...biarlah mengambil masa yang agak lama untuk kembali normal tapi aku dah tak akan mengalah lagi...everytime kalau jadi cam ni aku jer yang kena mengalah...kenapa bukan sekali sekala dia plak yang mengalah...