Wednesday, October 27, 2010

Aku tak tahu naper ari nie dia nampak macam moody jer...aku nak tegur pun takut la bila tengok muka dia cam moody jer...semalam ok lagi tapi lepas dia balik kerja semalam aku dah nampak muka dia cam tengah pendamkan perasaan jer...apa aku ada buat salah ker dengan dia?

Aku risau seandainya aku ada buat salah ngan dia tanpa aku sedari...seandainya betul aku mintak maaf frenz...maybe aku xsedar apa yang aku lakukan itu merupakan satu kesalahan yang boleh membebankan kau sahabatku...

Satu jer aku pinta wahai sahabat...seboleh2nya sebelum kau melangkah keluar dari rumah itu aku ingin mengabdikan segala kenangan manis bersamamu...aku tidak ingin kau melangkah keluar dari rumah itu dengan membawa kenangan yang pahit...seandainya kenangan itu yang kau bawa aku pasti suatu hari nanti kita tidak akan menjadi sahabat sejati lagi...aku tidak mahu itu semua terjadi kerana aku amat menyayangi dirimu sahabat...

Aku sanggup bertahan walaupun terlalu banyak halangana yang merentasi hubungan kita...aku cuba tuk redahi jugak kerana aku ingin pertahankan hubungan ini...janganlah kau rungkaikan  ikatan ini wahai sahabat kerana aku tidak mampu untuk mengikatnya kembali..

0 Comments:

Post a Comment