Sunday, November 4, 2012
Aku rasakan yang kau kini semakin hari semakin melampau...kalau di ikutkan hati aku ni nak jer aku sembur atas wash brain kau sikit tapi disebabkan kau ni kawan aku so aku tak sanggup nak buat tu semua...aku tahu kau bahagia kini tapi janganlah kau bini kebahagiaan kau itu atas ketidakselesaan orang lain...boleh tak sekali sekala kau fikirkan tentang hati dan perasaan orang lain jugak selain dari memikirkan hati dan perasaan kau saja...kadangkala orang ni kalau diam tak bermakna dia berseteju...ada dua kemungkinan kenapa dia diam..sama ada dia setuju atau dia marah or tak berpuas hati dan dalam kes ni aku pilih yang ke-2...memang aku tak puas hati dengan keadaan sekarang nie...apa sebenarnyer status kedudukan kau kat rumah ni sebenarnyer...aku dah jadi curious...kau nak stay kat sini or kau akan berambus duduk kat kuarters...aku pun tak tau status kau macam mana...
Sekarang ni bukan main susah lagi nak jumpa kau...biler mana kau dengar aku kat luar confirm kau lari masuk bilik...apa jahat sangat ke aku ni sampai lari cam tu sekali...dah tak nak jumpa aku langsung dah sekarang nie...tahu la kau ada suami tapi jangan la kau lupa pada kawan kau nie...iyer la dulu time suami xder kawan jugak kau cari tapi biler suami dah ada kawan kau buang...apa jenis kawan pun aku tak tahu la ngan kau nie....dulu aku anggap kawan tapi kini aku anggap kau lawan..memandangkan kau pun tak nak bersemuka sangat dengan aku kan...FINEEEEEEEE....aku pun boleh elak jugak diri aku dari bersemuka dengan kau....
Kau tahu tak....aku dah kehabisan idea nak bagi tahu mak cik tu kemana kau pergi biler mana setiap kali dia tanya aku...kau pergi tanpa tinggal sebarang pesan dan apa yang boleh aku jawab dekat mak cik tu yang kau pergi kerja...tu jer jawapan yang sewajarnya aku berikan kepada mak cik tu...kadang-kadang aku malu biler dia tanya pasal kau dengan suami kau tu...tapi apa yang mampu aku buat...selagi aku tak tahu status kedudukan kau kat rumah ni selagi tu la kita akan jadi macam nie....
Hari ni mak cik sebelah rumah buat makan tapi kau sengaja larikan diri kan...kejam giler kau sedangkan kau tahu yang hari ni ramai orang nak duduk rumah kita...kau sengaja bawak suami kau kuar dari rumah dari pagi sampai petang baru kau balik...tak ker kau rasa serba salah...jiran buat makan tapi kau lari....kau biar aku sesorang layan tetamu-tetamu mak cik tu...kalau ikut hati aku ni nak jer aku hodohkan kau depan mak cik tu tapi aku ni tak la sejahat tu...jahat-jahat kau pun pada aku tapi aku still lagi nak jaga maruah kau...aku takut kau jugak yang malu nanti...
Aku tak tahu apa yang kau nak sebenarnya tapi kalau ni la yang kau nak...ok...aku akan ikut dengan rela hati...buat masa sekarang ni aku boleh lagi bersabar tapi andai masa suatu hari nanti kesabaran aku dan lebur jangan salahkan aku kalau kita putus sahabat...aku tak menyesal hilang sahabat seperti kau kerana sahabat boleh dicari lagi...memang sahabat tak akan pernah kekal dalam hidup kita...dia akan datang dan pergi sesuka hati dalam hidup kita...yang hanya kekal di samping kita hanyalah keluarga kita...aku berdoa kepada Tuhan semoga diberikan kesabaran yang panjang kepada aku untuk aku bertahan dengan kerenah kau sehingga kau sedar akan salah dan silap kau pernah buat kepada aku...mungkin bukan secara luaran tapi secara dalaman...aku mintak sangat semoga kau cepat sedar diri sebelum aku sedarkan kau...jangan cukup cross tahap kesabaran aku coz kalau dah cross tahap tu aku tak tahu apa yang aku akan buat kepada kau...
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)