Monday, November 19, 2012

Ya Allah...dari hari ke hari aku rasakan yang jiwa aku makin terseksa...aku dah tak tahu nak mengadu kat saper dah lagi nie...kalau aku mengadu kat kawan-kawan aku mesti dia orang akan cakap "cakap la ngan dia"...tu jer ayat yang selalu kuar dari mulut dia orang....macam yang aku cakap sebelum ni...aku bukan tak nak cakap dengan dia tapi aku tak sampai hati nak cakap...dan aku jugak tak nak nanti akan wujudnyer pergaduhan antara aku dengan dia nanti...kesabaran aku semakin hari semakin menipis...aku pun tak tahu la sampai biler aku mampu bertahan lagi untuk kali ini...sudah hampir sebulan ni berlaku tapi aku masih lagi bertahan tapi aku tak pasti sama ada untuk bulan-bulan akan datang kesabaran aku itu masih ada lagi ke tidak...aku takut suatu masa nanti kita akan bertengkar disebabkan kesabaran dalam diri aku ini hilang...jangan biarkan kesabaran aku hilang...

Sejak husband kau ada kat rumah hidup aku rasa cam tak tenang....aku dah tak bebas nak buat semua benda dalam rumah tu...kalau nak buat benda pun mesti buat secara diam-diam...sampaikan aku nak makan pun aku makan dalam bilik...dulu aku leh la jugak lepak-lepak kat luar tu kat meja makan tapi sekarang dah tak boleh...kalau ikut hati aku nak jer aku buat macam dulu tapi tu la...aku ni ada jugak perasaan malu...aku ngan husband kau tu bukannyer muhrim so xkan la aku senang-senang nak duk lepak kat luar tu dengan pakai baju yang tak berapa elok dan tak pakai tudung....aku still lagi tahu dosa dan pahala...

Sekarang ni kau lagi la nak menjauhkan diri aku kan...biler aku kuar dari bilik kau lari masuk bilik kan dan biler aku dah masuk dan-dan jer kau kuar dari bilikkan...hina sangat ke aku ni sampai nak tengok muka aku pun kau dah tak sanggup...sepatutnyer aku yang memandang hina kat kau tapi ni tidak...macam kau yang memandang hina kat aku...macam aku plak yang buat kerja jahat....aku pun dah tak paham sekarang ni dengan keadaan kita...sampai biler kita nak macam nie...kalau kau berterus terang dengan keadaan kau mungkin aku masih lagi boleh bertahan tapi masalahnyer sekarang ni kau langsung tak berterus terang akan kedudukan kau sekarang ni kat umah tu...sampai biler kau nak stay kat sana? apa plak kau sebenarnyer nie? adakah kau akan stay kat sana or kau akan move keluar? Tolonglah...cakap la ngan aku...sepatah pun tak per...keluar atau tak..tu jer aku nak dengar dari mulut kau...seandainyer benar kau nak kuar dari umah tu aku sanggup stay kat sana lagi...aku mampu bertahan sampai kau kuar dari umah tu tapi seandainyer kau nak stay kat situ....aku sanggup angkat kaki dan punggah semua barang aku ke rumah yang baru...aku boleh pindah cuma sekarang ni aku tunggu kata putus dari kau jer...kalau kau kata tak...aku akan kuar dalam masa terdekat...kalau kau kata keluar aku akan tunggu sampai kau keluar...kadangkala kan aku fikir balik..lebih baik aku duk sorang2 dari aku duk cam nie kan...dulu aku tak fikir pun benda akan jadi macam nie sebab dulu aku fikirkan kau ni kawan aku tapi last2 aku jugak yang jadi mangsa...agak2 kau la kan..kalau bukan aku yang stay dalam umah tu skali ngan kau...kau berani tak nak bawak husband kau tinggal sekali dalam umah tu...buleh plak yang suka amik tahu hal orang lain dan yang mulut celupar...kau kira bernasib baik sebab aku yang tinggal skali ngan kau bukan orang lain...bukan aku nak kata aku ni baik tapi seharusnya kau bersyukur yang aku masih lagi boleh terima benda yang kau buat ni kat aku...

Kau tahu tak yang kau dah banyak buat aku sakit hati...aku perasan biler semua periuk yang aku dah guna yang aku letak atas penyejat pinggan kau tak pernah nak amik simpan even kau dah tahu yang periuk tu dah kering...kau sanggup tambunkan lagi barang2 kau atas penyejat pinggan tu sampai la penuh...alih2 aku jugak yang kena alihkan sendiri sebab dah tak ruang untuk aku letak benda lain...begitu skali tingkah kau kan...jijik sangat ker kau nak alihkan benda tu semua...aku tahu la yang kau dah ada husband duk skali tapi tak boleh ker kau tolong aku alihkan benda tu semua...barang kau boleh plak aku alihkan tanpa perasaan jijik sikit pun tapi kenapa barang aku kau tak boleh nak alihkan...kut yer pun benci ngan aku nie janganlah ngan barang-barang dapur aku jugak yang kau bencikan...tak salah kalau kau alilhkan benda tu semua..tu pun tuk kesenangan kau jugak nanti...dah ada husband ni kau makin besar kepala kan..dah makin berlagak dengan aku...kau nak tunjuk apa sebenarnyer ni kat aku...adakah kau nak tunjukkan yang kau dah ada husband aku tak ada??? tu ker yang kau nak tunjukkan kat aku...kalau itulah yang kau nak tunjukkan kat aku baik tak payah la sebab aku tak terkesan sikit pun dengan semua tu...tak pernah aku nak jeles ngan kau yang dah ada husband nie...

Sekarang ni kau dah ada keta sendiri...mesti kau banggakan sebab kau dah ada keta sendiri..husband pun dah ada depan mata keta pun dah dapat...so nak berlagak dengan aku la kan...yang hidup kau dah cukup completekan...hahahahahaha...nak tergelak aku kalau kau fikir aku akan jeles dengan semua yang kau ada tu...aku langsung tak jeles la wei...aku tak kisah la kau nak ada husband ke nak ada keta ker...aku tak kisah semua tu la...sampai kau beli keta pun kau tak cakap ngan aku kan...kenapa??? kau takut nanti aku mintak tolong dari kau erk...mintak nak tumpang kau biler kau nak balik kg erk...tak payah bimbang la..aku tak kan sesekali tumpang kau balik kg la...terdesak cam ner sekalipun aku tetap tak kan balik ngan kau...aku sanggup drive sendiri la kalau dah betul-betul terdesak..aku tak nak terhutang budi dengan kau....cukuplah dengan apa yang pernah kita buat dulu-dulu...in the future apa yang kita buat dulu-dulu aku dah tak akan buat bersama kau lagi...

Sejak ada keta dah tak lekat kat umah...asyik kuar jer kan sekarang nie..pergi lah kau nak pergi mana pun....kalau tak balik umah lagi aku suka...sepanjang kau kuar umah aku lagi suka la sebab aku leh bergerak bebas dalam umah tu...rasa cam leh bernafas dengan lega...nak buat apa saja pun buleh tapi biler kau balik aku rasa cam patah kaki jer...hidup aku hanya dalam bilik semata-mata...agak2 la kalau aku bebas cam biasa sanggup tak kau kuar dalam bilik tu...aku rasa confirm kau tak kan kuar dari dalam bilik kan...aku pun ada jugak perasaan belas kasihan kat korang...that's why la aku masuk bilik...sebab aku takut nanti korang plak tak kuar bilik...xkan nak kencing berak mandi semua dalam bilik tu kan...lain la kalau bilik kau tu ada bilik air...

Aku berharap sangat-sangat yang kau cepat-cepat pindah dari umah tu...seandainyer kau tak mahu pindah dari umah tu just cakap jer ngan aku...aku boleh cari umah lain...aku tak kisah la tuk cari umah lain and maybe kali ni aku hanya cari umah tuk aku tinggal sorang jer...dah tak nak tinggal dengan orang yang tak kenal or orang yang aku kenal...tambah-tambah lagi kalau orang dah berkahwin dan husband duk jauh...aku dah tak nak benda ni berlaku lagi...cukuplah 2 kali benda ni terjadi kat aku...aku tak nak ianyer terjadi untuk kali ke-3 kerana aku jugak manusia biasa...aku boleh meletup biler sampai tahap nyer...tapi satu jer aku pesan ngan kau..biler mana kaki aku dah melangkah keluar dari umah tu hubungan kita sebagai kawan akan terputus kat situ jugak...aku tak akan bawak hubungan persahabatan itu ke tempat baru kerana aku ingin mencari ketenangan dan kedamaian...aku tak kenangkan lagi hubungan persahabatan yang membawa kedukaan dan kesengaraan kepada aku...tu jer aku ingin pesan kepada kau...maafkan aku sekiranyer time tu tiba aku dan kau dah tak jadi sahabat lagi...seandainyer kita terjumpa dimana-mana just anggap jer kau tak pernah mengenali aku kerana aku jugak akan buat benda yang sma jugak kepada kau...kalu time tu kau nak sedih ker nak marah ker aku dah tak kisah sebab kau dan aku bukan lagi kawan seperti dulu...aku sanggup hilang kawan dari aku hilang maruah kerana maruah aku lebih berharga dari diri kau...maruah aku ni aku akan bawak kemana saja kaki aku melangkah tapi kawan aku leh jer tinggal dimana-mana aku suka...maafkan aku sekali lagi kalau time tu tiba..bukan ini yang aku inginkan tapi kau yang memaksa aku untuk buat semua ini...

0 Comments:

Post a Comment