Wednesday, October 31, 2012
Ya Allah...aku benar-benar kematian idea tentang semua ini...dah tak tahu nak buat apa lagi...aku akui silap aku jugak sebab tak berterus terang dengan dia akan ketidakselesaan aku bila mana husband dia tinggal kat rumah tu...aku bukan tak nak berterus terang dengan dia tapi aku tak sampai hati dan tak tahu macam mana nak berterus terang dengan dia...aku tak nak nanti bila aku dah berterus terang benda yang kecil akan jadi besar...aku tak nak pisang berbuah dua kali biler berlaku nyer terus terang ini....aku tak nak apa yang pernah terjadi beberapa bulan yang lalu kembali berlaku dalam hidup aku...aku dah malas untuk berhadapan dengan situasi macam tu..dah penat badan dan fikiran untuk hal-hal yang sedemikian rupa...
Biler orang suruh aku berterus terang dengan dia aku jadi kelu...bukan aku tak nak berterus terang tapi kenyataan nyer aku takut...aku takut untuk berterus terang..takut nanti aku akan mengguriskan hati orang lain...aku dah tak nak di anggap jahat kerana mengguriskan hati orang lain...orang cakap memang la senang sebab orang tak duduk kat tempat aku...cuba letakkan diri korang kat tempat aku dan rasa apa yang aku rasa...macam mana beratnyer mulut aku untuk berterus terang dengan dia...macam mana tak sampainyer hati aku nak berterus terang dengan dia...dia kawan aku...even bukan kawan rapat tapi dia tetap kawan aku...nama dia ada dalam list friend fb aku dan nama dia jugak ada dalam list contact phone aku...so cam ner aku nak berterus terang kalau dah nama dia tercatat dalam dua benda tu...itu sudah cukup menandakan yang dia kawan aku...kerana kawan la aku tak sanggup untuk berterus terang...aku kenal dia bukan 5 saat atau 5 minit atau 5 jam atau 5 hari atau 5 minggu atau 5 bulan lepas tapi aku kenal dia 5 tahun yang lepas...jangka masa yang agak panjang untuk aku menganggap dia sebagai kawan...
Hati aku akan tenang bila mana aku berada kat kg jer...tu la satu-satunyer tempat yang boleh menenangkan hati dan perasaan aku...kalau la kg aku dengan tempat aku kerja sekarang ni dekat tiap-tiap minggu aku balik...ofis pun mampu menenangkan hati dan perasaan aku tapi bukan dalam jangka masa yang gaka panjang sebab bila mana dah pukul 5.30pm aku perlu balik ke rumah...biler sampai time tu hati dan perasaan aku mula berserabut kembali memikirkan tentang dia laki bini...fikir apa yang perlu aku buat dulu sementara dia orang tak balik lagi..nak iron baju ker nak mandi dulu ker dan macam-macam lagi la...naik berserabut kepala aku dengan memikirkan semua benda nie...kalau tak nak fikirkan terpaksa kena fikirkan jugak sebab melibatkan diri aku...tapi kepala aku makin berserabut biler aku fikirkan akan kunjungnya weekend...kalau dulu aku suka weekend tapi kini sejak husband dia tinggal sekali aku dah jadi tak suka akan weekend...selalunyer kalau weekend aku akan terperap dekat rumah tapi kini aku tak pasti sama ada aku boleh ke tak lagi terperap kat rumah kalau weekend kunjung tiba....
Biler tiba jer hari Jumaat kepala aku mula cergas berfikir...berfikir kemana hendak aku larikan diri biler tibanya weekend...aku tak selesa nak tinggal kat rumah tu...kalau la aku ada cousin yang duduk dekat-dekat dengan rumah aku confirm tiap-tiap minggu aku akan hilang...aku rela hidup menumpang dirumah orang lain dari aku balik ke rumah dan terpaksa tinggal bersama dengan dia orang...kadang kala aku terfikir jugak akan kebodohan aku ni..kenapa perlu aku larikan diri aku sedangkan rumah tu aku yang bayar sewa...aku bukan menumpang rumah orang lain..rumah tu every month aku bayar tapi kenapa aku perlu lari..kalau aku tak tinggal kat rumah tu even weekend sekalipun buat apa aku bayar mahal-mahal kan..membazir jer kalau bayar tapi tak duduk kat rumah...tapi tu la...kerana ketidakselesaan itulah memaksa aku untuk keluar dari rumah itu dan memaksa aku untuk menjadi seorang pembazir...yang paling aku risaukan sekali biler mana wife kena kerha dan husband tinggal kat rumah...yang tu paling aku takut sekali...kalau dulu aku leh cuti sesuka hati tapi kini untuk aku amik cuti amat payah sekali...aku takut nanti aku akan tinggal berdua-duaan dengan husband dia...siapa kita nak menghalang takdir kalau benda yang tak elok terjadi kan...selagi dapat elakkan aku akan pastikan yang aku jauh dari semua itu....tapi andai masa suatu hari nanti benda yang tak elok jugak berlaku antara aku dengan dia jangan salahkan aku kalau aku bertindak jauh lebih dari itu semua...time tu aku dah tak amik kisah sama ada dia kawan or dia lawan aku nanti...aku sanggup hilang kawan dari aku kehilangan maruah dan harga diri aku...kawan boleh di cari tapi maruah dan harga diri tak boleh dicari..sekali ianyer musnah akan musnah selama-lamanya....
Kawan...
Aku tahu korang dah lama tak jumpa sebab dipisahkan oleh laut china selatan tapi perlu ke korang buat aku macam nie..saper aku dalam rumah tu sampai korang tak amik peduli akan perasaan aku ni...tunggul kayu ke aku kat umah tu...aku jugak ada perasaan..hormatlah jugak perasaan aku sebagaimana aku hormat akan perasaan korang berdua...sampai biler nak jadi cam nie...korang kena la paham akan kedudukan aku...aku masih lagi anak dara dan tak sepatutnyer kau biarkan husband kau tu tinggal lama-lama kat rumah tu...tak manis di pandang orang...benda yang tak elok sekejap jer nak jadi kalau dah di izinkan oleh Dia yang Maha Berkuasa...kalau boleh aku nak elakkan dari semua itu terjadi...aku tak tahu apa status kedudukan korang sekarang nie..sama ada korang akan pindah ke kuarters atau korang akan duduk menyewa kat tempat lain atau korang memang plan nak duduk kat sana untuk selama-lamanya...kalau pilihan terakhir yang korang amik aku mintak tolong la..tolong bagitahu aku awal-awal...aku sanggup keluar dari rumah itu asalkan aku tak hidup sekali dengan korang berdua...aku rasakan kehidupan aku kini seperti seorang penjenayah...yang hidup dalam tahanan..bezanyer mereka di tahan di dalam lokap tapi aku di tahan di dalam bilik dan rumah aku sendiri...lebih kejam dari banduan...
Aku mintak sesangat dari kau kawan...tolong fikirkan perasaan aku boleh tak..untuk sekali ni jer aku mintak dengan kau...aku tahu kau mesti faham akan hukum agama kan biler mana seorang anak dara tinggal sekali dengan lelaki bukan muhrimnyer...segala kemungkinan boleh berlaku...aku bukan nak kata aku ni alim tapi aku bukan jugak seorang yang jahil sehingga tidak tahu akan hukum hakam agama...jangan lah kau banyakkan lagi dosa yang aku ada ni...cukuplah dengan apa yang aku buat dan jangan kau sesekali cuba untuk menambahnyer lagi...dosa kau kini terletak di atas bahu kau tapi dosa aku masih lagi di tanggung olah orang tua aku kat kg terutama sekali ayah aku...bukan neraka yang aku ingin aku tempatkan ayah aku nanti...syurga menjadi pilihan utama..so aku merayu kepada kau...tolong jangan ditambahkan lagi dosa aku yang dah sedia ada ini...yang ni pun dah tak mampu aku nak tanggung...please kawan...aku merayu kepada kau...
Hanya kat sini saja jer aku mampu luahkan segala-galanya kerana aku tak mampu untuk bersua muka dengan kau...aku takut nanti biler aku berterus terang nanti kita akan terputus hubungan terus...apa yang terjadi aku dengan kak zie dulu disebabkan berterus terang pasal ini lah...adakah ini nasib aku..selalu mendapat kawan yang selalu mementingkan diri sendiri...dulu biler kak zie dah pindah dari rumah tu aku dah berasa tenang..aku igtkan ketenangan itu akan berterusan sehingga aku berkahwin tapi ternyata aku silap...aku selalu silap memilih kawan dan teman serumah...mungkin itu takdir aku...aku tak tahu sampai biler benda ini akan berlarutan...aku berdoa semoga aku cepat dipertemukan jodoh agar aku dapat keluar dari permasalahan ini...aku dah tak larat nak fikirkan akan semua ini...sekurang-kurangnya kalau aku dah kawin aku akan keluar dari rumah itu....berat hati aku mengatakan yang selepas ini kita mungkin dah tak akan jadi seperti dulu...tak kira la saper yang melangkah keluar dulu aku pasti yang lepas ni kita akan lost contact untuk selama-lamanya....maafkan aku kalau kita dah tak contact seperti selalu....
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)