Monday, October 1, 2012

"Dia bukan untuk aku"...itulah kata-kata yang aku sematkan dalam hati aku sekarang ni bila aku melihat akan si dia...kata-kata itu jugaklah yang bos aku cakap sekiranya kita terpandang akan orang yang kita sayang...hendaklah itu yang diucapkan...jangan takut untuk mengungkapkannya kerana kalau benar jodoh kita dengan dia kita pasti akan bersatu dan andai benar bukan dia jodoh untuk kita, haruslah kita menerimanya dengan redha kerana Tuhan lebih tahu akan hakikatnya...

Ternyata kata-kata itu benar...si dia bukan diciptakan untuk aku...setelah seminggu si dia munculkan diri di depan aku kini sekali lagi si dia menghilangkan diri...kali ini aku tak tahu berapa lama lagi si dia akan menghilangkan diri...terasa sekejap saja si dia hadir dalam hidup aku...adakah kata-kata itu benar? Seandainyer kata-kata itu benar akulah orang yang paling menyesal sekali di atas muka bumi ini kerana mengungkapkannya...kerana ungkapan itu aku tidak lagi bertemu dengan si dia...alangkah sedihnyer hati aku...

Kemunculan si dia hanya sekejap cuma tapi kehilangan si dia mengambil masa yang agak lama...setelah hampir setengah tahun aku tak bersua muka dengan si dia dan hanya seminggu saja Tuhan berikan aku kesempatan untuk melihat si dia sebelum aku kehilangan si dia untuk selama-lamanyer...alangkah sedihnyer hati ini...sedih kerana orang yang aku harap-harapkan untuk menjadi pasangan dunia akhirat aku bukannya si dia...

Itulah yang dipanggil takdir...Dia telah menetapkan takdir untuk aku bukan bersama dengan si dia....dulu dia yang aku gilakan tetapi jodoh kami tak panjang sebab aku jugak yang menarik diri kerana faktor fizikal tubuh aku...dulu aku tak yakin untuk terima dia...dan sekarang ni si dia plak yang hadir dalam hidup aku...hadirnyer si dia yang kini tak sama dengan hadirnya dia yang dulu....si dia banyak membuatkan jantung aku berdegup kencang kalau nak di bandingkan dengan dia...mungkin dulu aku hanya sukakan dia jer...tak ada perasaan kasih sayang apatah lagi cinta terhadap dia tapi dengan si dia...si dia mampu membuatkan hidup aku tak tenang...si dia mampu membuatkan tidur malamku hanya bermimpikan dirinya...si dia jugak mampu membuatkan air mataku mengalir dan si dia jugaklah mampu membuatkan hati aku gembira dan terharu...terlalu banyak yang si dia lakukan berbanding dengan dia..dan yang paling penting sekali kepada aku...kerana si dia lah aku mula mengenal erti cinta, kasih dan sayang....kerana si dia jugak aku mengenali erti kecewa dan sakit hati serta cemburu...semuanyer kerana si dia...

0 Comments:

Post a Comment