Friday, February 1, 2013

Susah rupanya untuk mencari secebis keselesaan dan ketenangan hidup di atas muka bumi ini...even sebesar zarah sekalipun aku tak pernah berjaya mencarinya....biler mana diri aku mula ingin merasakan keselesaan dan ketenangan itu sekali lagi aku diuji...diuji oleh sahabat aku sendiri...sahabat yang aku kenal sejak belajar lagi...Ya Tuhan...begitu berat rupanya ujian yang Kau berikan kepada aku semata-mata ingin mencari sedikit keselesaan dan ketenangan hidup...tapi Ya Allah...aku tak pernah menyesal dengan ujian yang Engkau berikan ini kerana aku tahu Kau begitu menyayangiku...

Kenapa setiap kali orang lain buat hal aku yang menjadi mangsanya...jahat sangatkah diri aku ini hinggakan selalu menjadi mangsa kepada kawan-kawan yang tak berhati perut...tak ada ke secebis belas kasihan mereka kepada aku sehingga sanggup memperlakukan aku sebegini rupa...aku tak mintak banyak pun dari dia orang...aku hanya meminta secebis belas kasihan...susah sangatkah untuk menghulurkan secebis belas kasihan tu...bukannyer kena bayar pun kalau hulurkan belas kasihan tu...aku hanya mintak secebis bukan segunung...

Kawan??? Ya aku punyai kawan..tapi kawan aku ni tak sama dengan kawan aku yang lain...kawan yang dah aku anggap sedara sendiri sanggup buat aku macam nie...layakkah lagi diri dia aku gelarkan sebagai kawan? Kau tahu tak betapa hancurnya perasaan aku tika ini...perasaan benci dan meluat aku terhadap kau makin bertambah kawan...aku sudah tak mampu untuk membendungnya lagi...hati aku sakit sangat-sangat...sakit yang amat...kalau kau rasa kau kawan aku kau tak akan buat aku macam nie kan...ternyata aku ni bukan kawan kau...hanya aku jer yang anggap kau kawan tapi kau anggap aku sebagai lawan...

Kejam giler cara yang kau buatkan kepada aku ini...dulu kau selalu cakap yang aku ni kejam tapi sedar tak kau yang perkataan kejam itu lebih layak ditujukan kepada diri kau sendiri...kau selalu cakap yang aku ni tak berhati perut tapi rasanyer kau lebih tak berhari perut...kau selalu ungkit benda-benda yang lepas...kau selalu ungkit yang kau sentiasa menangis setiap malam semata-mata aku tak nak bercakap dengan kau...kau selalu cakap yang kau terpaksa makan dalam bilik semata-mata aku tak nak layan kau...aku pun heran..kenapa kau perlu nak menangis kalau aku tak bercakap dengan kau? kau takut jadi bisu ker kalau aku tak bercakap dengan kau...dan kenapa kau makan dalam bilik kalau aku tak nak layan kau? seluas-luas ruang tamu kat rumah tu kenapa bilik jugak yang kau pilih...kalau kau nak makan kau makan la kenapa nak bersusah payah dengan aku plak...ker kau nak aku suapkan ke mulut kau..kau nak aku layan kau macam permaisuri ke baru kau akan stop ungkit benda-benda lepas...kalau kau nak orang layan kau macam permaisuri lebih baik kau cari orang lain...aku tak akan menghambakan diri aku untuk kau...

Yang aku paling tak paham biler kau tuduh aku tak jaga hati dan perasaan kau...tak paham keadaan dan situasi kau...kau nak suruh aku jaga hati dan perasaan kau tapi ada ker kau jaga hati dan perasaan aku...kau suruh aku faham akan keadaan dan situasi kau tapi ada ker kau cuba faham akan keadaan dan situasi aku plak? Tak ada kan? So kalau kau tak ada jaga hati dan perasaan aku dan tak nak faham keadaan dan situasi aku kenapa perlu aku buat semua itu semata-mata untuk kesenangan kau...kalau aku nak jaga hati dan perasaan kau siapa pulak nak jaga hati dan perasaan aku...kau tahu tak aku dah cukup penat untuk jaga hati dan perasaan orang lain sehinggakan aku sanggup abaikan hati dan perasaan aku sendiri semata-mata kerana sahabat...aku tak sanggup tengok orang lain terguris hati tapi aku sanggup guriskan hati aku sendiri kerana seorang sahabat...

Mungkin kau tak sedarkan semua tu...macam mana kau nak sedarkan kalau dah diri kau diulit dengan kebahagiaan...hanya orang yang menanggung kesengsaraan jer yang faham semua itu...kau selalu cakap dengan aku yang kau bersendirian hidup di ibu kota ini...sedarkah kau yang kau dah bersuami...apa fungsi suami disisi kau kalau dia tak mampu nak melindungi kau dari marabahaya...lainlah aku ni...aku bersendirian di ibu kota ini semata-mata ingin mencari sesuap rezeki untuk aku dan keluarga aku di kampung...aku tak ada orang nak jaga kalau bahaya datang menimpa..aku hanya mampu bermohon kepada Tuhan supaya melindungi setiap langkah aku dari marabahaya...hanya kepada Dia aku bermohon....

Kau pernah cakap dengan aku yang kita akan kekal menjadi sahabat walaupun aku dah keluar dari rumah tu...jujur aku katakan yang aku tak mampu nak tunaikan permintaan kau untuk kekal sebagai sahabat kau...dengan apa yang kau dah buat kat aku berani kau cakap yang kau nak kita kekal sebagai sahabat? agak-agak kau la kan..kalau kau berada kat tempat aku, kau sanggup ker nak anggap orang tu sahabat kau lagi? dah macam benda yang menyusahkan dia berikan kepada kau, kau still lagi nak anggap dia kawan? kalau kau jenis berhati lembut maybe kau boleh anggap dia kawan kau tapi jujur aku katakan yang aku tak mempunyai hati selembut itu...time-time aku boleh jadi lembut tapi time-time hati aku akan jadi keras sekeras batu...maaf aku tak mampu nak tunaikan permintaan itu...aku harap lepas ni tiada apa lagi yang menghubungkan kita...kau cara kau aku cara aku...bahagia atau duka yang kau atau aku alami lepas ini tiada kaitan lagi antara satu sama lain...maaf...aku terpaksa menjadi orang yang keras hati...sudah sampai masanya aku jaga hati dan perasaan aku sendiri plak...kalau asyik aku jaga hati dan perasaan orang lain jer tak ada orang nak jaga hati dan perasaan aku...terima kasih sebab pernah menjadi sahabat yang menyusahkan hidup aku...




0 Comments:

Post a Comment