Saturday, December 1, 2012

Tak ada perkataan yang aku boleh described kan kat sini kecuali satu perkataan KECEWA....iya....itulah perkataan yang tak dapat aku nak described kan....hati aku kini di landa kecewa yang teramat sangat...kecewa dengan sikap manusia yang suka sangat menyalah tafsirkan kebaikan dan kata-kata yang diungkapkan...ada setengah orang kata berdiam diri lebih baik dari bersuara dan ada jugak orang kata bersuara lebih baik dari berdiam diri...yang mana satu betul pun aku tak tahu....tapi sekarang ini aku telah melakukan kesilapan yang amat besar sekali biler mana aku telah memilih untuk bersuara...dan biler aku pilih untuk bersuara akhirnya apa yang aku ungkapkan itu di salah tafsirkan oleh mereka...kalau la aku tahu mereka akan menyalah tafsirkan kata-kata aku itu, aku tak akan sesekali bersuara...biarlah aku terus berdiam diri....

Semakin hari aku dapat rasakan yang jurang antara kita semakin dalam dan dinding konkrit yang tiba-tiba terbina semakin tinggi dah kuat....semuanyer sudah menjadi benteng yang amat tinggi untuk kita...aku cuba untuk menimbuskan kembali jurang yang dalam itu dengan kesabaran aku biar ianyer menjadi cetek dan aku juga sudah cuba menghalang dinding konkrit itu semakin meninggi dengan membuang keegoan aku tapi ternyata semuanyer tidak berguna....aku rasa mungkin sudah tiba masanyer aku melepaskan semua itu...aku dah tak mampu dan dah tak larat untuk terus bertahan dengan semua itu...sekiranya ini yang kau pinta...aku akan tunaikan...dalamkanlah jurang itu lagi dan tinggikanlah dinding konkrit itu lagi...biler masa semuanyer dah cukup lengkap aku harap yang kita tak mungkin akan berjumpa lagi...jangan sesekali kau muncul di depan aku dan aku jugak berjanji dengan diri aku ini yang aku tak mungkin akan muncul di depan kau untuk selama-lamanya....bukan kerana aku berdendam dengan kau tapi aku kecewa dengan kau...ternyata hubungan persahabatan yang kita bina sebelum ini atas kepercayaan akhirnya berakhir dengan keadaan yang sebegini...

Salahkah aku kalau aku ingin menegakkan kebenaran di pihak aku...aku bukan untuk menolak apa yang kau tawarkan tapi ketidakselesaan akan bermaharaja lela dalam hati aku sekirannya aku menerima tawaran yang tawarkan untuk aku....sebagaimana aku faham akan keadaan kau aku jugak berharap yang kau jugak faham akan keadaan aku....kita dua berbeza sekarang ini...sekarang ni kau dah ada husband yang tinggal sekali dengan kau tapi aku still lagi berseorangan di bumi asing ini...kau ada husband untuk melindungi diri kau tapi aku terpaksa melindungi diri aku sendiri di sini...aku tak ada sesiapa di sini...kenapa begini jadinyer hubungan kita ini...adakah kerana kata-kata aku itu kau anggap ianyer satu penghinaan buat kau?? kalau benarlah apa yang aku ucapkan itu merupakan satu penghinaan buat kau...aku mintak maaf banyak-banyak...aku tak tahu yang kata-kata itu bileh dijadikan salah satu ayat penghinaan buat kau....sebab itulah aku rela untuk memilih berdiam diri dari bersuara...kalau aku bersuara beginilah jadinya....

Sekarang ini aku nampak kau makin nak memborantak...semua benda kau dah beli yang baru kan...kenapa perlu kau beli barang baru sedangkan barang yang ada pun tak terguna...kenapa perlu kau tambahkan lagi semua benda itu...adakah kerana kata-kata yang aku ucapkan itu jugak menyebabkan kau rela beli semua benda itu....masyaAllah...kalau benar semuanyer itu berpunca dari kata-kata yang aku ucapkan itu aku mintak maaf sangat-sangat...aku tak berniat untuk membuat hati kau berasa begitu...kalau kau berasa sedih, kecewa dan hina biler aku kata sedemikian rupa...begitu jugaklah dengan aku sekarang ini....aku rasa kecewa yang teramat sekarang...hanya kerana kata-kata itu kau telah melakukan benda-benda yang betul-betul membuatkan aku menyesal mengenali kau dalam hidup aku....aku sesal sangat mengenali orang seperti kau dan aku menyesal yang teramat biler mana aku menganggap kau sebagai sahabat aku...kerana persahabatan ini aku masih lagi mampu bertahan tapi nampaknyer semua telah hancur...kau telah hancurkan tali persahabatan yang kita bina selama ini...selama ini aku tak kisah apa yang kau nak lakukan tapi kini aku dah mula kisah biler mana benda yang buat itu makin membuatkan hati aku bertambah kecewa...

"Aku rasa macam menumpang plak kalau tak bayar...sama-sama guna sama-sama bayar...tak kisah kau guna untuk dua orang dan aku sorang...bayar tetap bayar sebab aku dah guna"

MasyaAllah...hanya sepotong ayat di atas aku kini kehilangan seorang sahabat...patutkah aku gelarkan dia sahabat kalau hanya sepotong ayat tersebut telah membuatkan dia memberontak...kalaulah aku tahu ayat itu yang mampu membuatkan aku kehilangan dia mati hidup semula pun aku tak akan buat macam tu...tapi salahkah aku kalau aku ingin menegakkan kebenaran bagi pihak aku....aku tak nampak sebarang kesalahan pun yang aku ungkapkan disitu yang boleh membuatkan dia memberontak...tapi tu la kan...kadangkala ayat yang keluar dari mulut or tulisan kita ini kadangkala nampak biasa pada kita tapi pada orang lain ayat tersebut boleh dijadikan satu ayat penghinaan....

Kejamnyer anggapan kau terhadap aku kan kawan...sampai sekarang aku still lagi anggap kau kawan aku tapi nampak gayanyer mulai saat ini aku terpaksa anggap kau sebagai teman serumah aku...tak akan ada lagi persahabatan yang terjalin antara kita lagi...cukuplah kalau kita menjadi teman serumah yang tidak mengenali diri masing-masing...kau hidup dengan cara kau dan aku hidup dengan cara aku...kau bahagia dengan cara kau dan aku bahagia dengan cara aku...masa yang panjang belum tentu jadi penentu buat kita mengenali seseorang dalam hidup kita...tapi kau jangan risau kawan...even kita dah tak macam dulu lagi aku still akan bayar sewa umah ini...aku tak akan pindah dari sini melainkan kalau kau inginkan aku keluar dari umah ini...time tu aku akan pergi dengan semua barang-barang aku ini...satu jer yang aku ingin pesan...biler mana kaki aku melangkah keluar dari umah ini aku dengan kau totally putus untuk selama-lamanya...tiada lagi persahabatan or teman serumah antara kita akan berlaku...tiada lagi phone number dan facebook yang menghubungkan kita...tapi aku tak dapat larikan diri kalau aku terpaksa bekerja dengan kau...tapi aku tahu itu semua mustahil sebab kau dengan aku berada dalam department yang berbeza even kita bekerja di bawah syarikat yang sama....

Kalau tak silap aku dulu aku pernah ceritakan dekat kau tentang member kita kenal yang suka bawak lelaki masuk dalam umah...aku rasa dulu kau jugak nasihatkan aku untuk bersabar...kau jugak dulu yang berang dengan perangai perempuan itu...macam-macam kata yang kuar dari mulut kau biler aku bercerita tentang itu...tapi kini...kau pulak yang melakukan perkara tersebut ke atas aku...mana kata-kata yang kau ucapkan dulu....Mungkin ini yang dinamakan takdir untuk aku...takdir di mana Tuhan ingin menguji kesabaran aku sebagai seseorang insan yang memegang gelaran kawan kepada kalian berdua...mungkin Tuhan ingin melihat sejauh mana tahap kesabaran aku dalam menghadapi kerenah kalian berdua....Tak apa...aku tahu...ada sebabnya kenapa Tuhan berikan aku ujian ini...mungkin Tuhan ingin aku rasakan perasaan kecewa ini terlebih dahulu sebelum Dia anugerahkan aku dengan perasaan yang lebih indah suatu hari nanti....kalaulah keindahan yang aku terima suatu masa nanti aku sanggup untuk menghadapi kekecewaan ini...dan mungkin jugak Tuhan ingin mengingatkan aku supaya berhati-hati biler memilih kawan...tak semua yang rapat dengan kita adalah kawan kita yang baik...kadangkala ada niat yang jahat di sebalik persahabatan yang di hulurkan...aku terima semua ini dengan hati yang terbuka tapi aku hanyalah manusia biasa...perasaan kecewa itu tetap ada dalam hati aku...aku tak dapat untuk mengelaknya...

Kalau inilah yang kau mahu dari aku....aku terima dengan seikhlas hati aku...kita sama-sama merasakan ketidakselesaan ini tapi kerana ego masing-masing yang tak nak mengalah kita makan hati sendirian....kau dah mula kan dari awal dan aku akan akhirkannya....buat masa sekarang ini aku just ikut step yang kau tarikan...kalau balada yang kau mainkan balada jugaklah rentak tarian aku...kalau rap yang kau mainkan rap jugaklah tarian aku...aku akan ikut apa saja rentak yang mainkan buat masa sekarang ini...pesan aku satu jer...jangan terlalu lama bermain dengan rentak tarian yang sama untuk suatu masa yang panjang kerana ia nya cepat membosankan....jangan nanti tarian yang aku persembahkan berubah rentak dengan apa yang kau mainkan...aku tak nak nanti kau mainkan balada tapi rock yang aku persembahkan...harap kau faham apa yang aku maksudkan...jangan cuba untuk mencabar tahap kesabaran seseorang kerana setiap orang mempunyai tahap kesabaran yang cukup berbeza....kalau tahap kesabaran kau tinggi itu tidak bermakna tahap kesabaran orang lain pun tinggi jugak..setiap orang diciptakan dengan tahap yang berbeza-beza even rambut kita sama hitam...

Kau tahu tak yang aku kecewa yang teramat kini...air mata rasa nak menitis jer biler aku tengok apa yang kau dah buat tapi tu la kan..buat apa aku bazirkan air mata aku ini kepada orang yang tak pernah nak menghargainya....lebih baik aku bazirkan air mata ini dengan menadah tangan bermohon kepada Dia yang Maha Mengerti....bermohon kepada Dia supaya diberikan kekuatan untuk menghadapi semua ini...hanya Dia yang maha mengetahui akan semua kejadian yang terjadi ini...Ya Tuhan...andainyer ini yang Kau takdirkan untuk aku...aku pasrah Ya Allah....terima kasih kerana memilih aku untuk mengharungi ujian ini kerana aku tahu yang Kau menyayangi diri ini...terima kasih Ya Allah...

0 Comments:

Post a Comment