Wednesday, August 29, 2012

Setiap yang hidup pasti akan mati jugak suatu hari nanti...macam mana keadaan dan bila kita akan mati hanya Dia saja yang tahu....begitu jugak dengan jodoh kita...dengan saper kita akan dijodohkan dan biler kita akan dijodohkan semuanyer telah ditetapkan oleh Dia....semuanyer telah tertulis sejak dari azali lagi...

Ada orang kata jodoh tu akan datang dengan sendiri tanpa di cari dan ada sesetengah orang cakap jodoh tu tak kan datang dengan sendiri kalau kita tak cari....tapi apa2 pun semuanyer bergantung kepada kekuasaan Nya...sama ada kita berusaha mencari ataupun tak Dia yang lebih mengetahui....

Biler bercakap pasal jodoh aku mula terfikirkan akan diriku ini...sampai sekarang aku masih lagi belum menemui jodoh yang telah Tuhan tetapkan untuk aku...mungkin belum tiba masanya lagi untuk aku mendirikan masjid bersama pasangan aku tapi biler mengenangkan umur aku yang kini dah mencecah 25 tahun...tiba-tiba perasaan takut itu datang bertandang....takut aku tak sempat nak mengecapi kebahagiaan di dunia ini....tetapi kalau sudah tersurat begitu jalan hidup aku, aku terima dengan seikhlas hati...kerana Dia yang maha mengetahui segala-galanya...Dia telah mencorakkan perjalanan hidup aku di atas muka bumi ini dan tugas aku hanya melaksanakannya.....

Tipu kalau aku katakan yang dalam hati dan fikiran aku ni tak ada sedikit pun perasaan untuk bercinta dan dicintai...untuk berkahwin dan di kahwini....semua itu selalu jer bermain dalam fikiran aku...tapi apa yang mampu aku lakukan sekiranya telah tersurat dan tersirat yang jodoh aku bukan tika dan saat ini....kalau aku usaha macam mana kuat sekalipun jika Dia tak mengizinkan, hubungan itu tak bermakna jua...kerana hanya Dia yang mencoretkan perjalanan hidup kita....aku tak mahu hubungan yang tercipta tanpa keredhaanNya berakhir sekejap cuma...aku inginkan kebahagiaan yang berpanjangan dan kerana itulah aku perlukan keredhaan dari Nya...begitu jugak dengan keredhaan dari kedua-dua orang tua ku....

Setiap kali lepas solat aku akan bermohon kepadaNya supaya menemukan aku dengan lelaki yang diciptakan untuk aku....aku tak berhenti-henti bermohon kepadaNya kerana aku tahu yang Dia Maha Mendengar....kalau bukan sekarang maybe suatu masa nanti doa aku akan dimakbulkan...apa yang mampu aku lakukan sekarang ni hanya berdoa kerana aku sudah cukup puas dan jemu untuk berusaha mencari jodoh aku...aku bukan mengalah tetapi aku terpaksa beralah....biarlah Dia yang menentukan semuanya...aku terima dengan hati yang ikhlas....

Aku tahu yang semua manusia di atas muka bumi ini telah diciptakan berpasangan cuma kita sahaja yang tak tahu siapa pasangan untuk diri kita...kadangkala kita perlu mencari dan kadangkala kita tak perlu mencari...seandainya telah ditakdirkan untuk kita berkahwin muda kita harus menerimanya kerana semua itu telah pun tersurat di dalam perjalanan hidup kita di atas muka bumi ini....dan aku jugak tahu yang aku jugak di ciptakan untuk hidup perpasangan cuma belum tiba masanya lagi untuk aku menemuinya...aku tak salahkan Dia kerana lambat menemukan kami kerana aku tahu yang Dia tahu akan semua hikmahnya....

Kadangkala terfikir jugak di fikiran..adakah pasangan aku sedang menunggu aku di alam sana??? adakah aku tak berpeluang untuk mengecapi kebahagiaan di dunia??? fikiran jahat sentiasa menghantui minda aku tapi aku tak mahu ia berterusan menguasai minda aku....aku cuba positifkan minda aku ke arah yang lebih baik...tapi seandainya benar bukan jodoh aku di atas dunia...aku tetap bersyukur sekurang-kurangnya Tuhan memberikan aku kesempatan untuk menjaga kedua-dua orang tua ku sehingga mereka tiada lagi di atas muka bumi ciptaanNya ini....aku sentiasa berdoa semoga aku dipanjang kan umur agar aku dapat berbakti kepada kedua-dua orang tua ku....untuk membalas jasa mereka belum tentu aku mampu membalasnya....kerana jasa yang ditaburkan oleh orang tua kita tiada gantinya....walaupun di lambakkan setinggi gunung emas dan permata belum tentu lagi semua itu mampu menenggelamkan jasa mereka semua...betapa tingginyer jasa mereka kepada kita semua....sementara di berikan kesempatan aku mahu menjaga mereka sampai ke akhir hayat....

0 Comments:

Post a Comment