Thursday, July 28, 2011
Dah lama rasanyer tak update blog ni dengan citer2 aku kan...hari ni aku nak update tentang citer yang manis yang boleh dijadikan kenangan untuk aku ingat sampai biler-biler...
Hari nie sekali lagi aku berjumpa dengan dia...bukan setakat hari nie jer, semalam pun aku jumpa jugak ngan dia tapi tu secara tak sengaja tapi ari nie secara sengaja plak..semalam coz aku teman member aku pi makan kat cafe kat bawah so terjumpa la dia kat sana tapi kita orang tak bertegur sapa antara satu sama lain pun...kita orang buat donno jer time tu..xkan la aku yang nak tegur dia kan sedangkan time tu dah terang2 tengok dia tak nak tegur aku...tak nak la aku malukan muka aku...tapi kejadian ari nie memang sengaja aku cari dia..bukan nak cari sangat tapi terpaksa coz kerja yang aku buat tak jalan..nak tak nak terpaksa la jugak jumpa dia...aku bukan tak nak email benda tu tetapi memandangkan terlalu lama nak tunggu dia orang reply email...dah malas aku nak shoot email so better aku naik cari dia jer senang...
First nak naik tu rasa berdebar jugak la coz dah lama tak bercakap ngan dia kan tapi terpaksa mengcoverkan diri supaya tak nampak sangat gugup depan dia...tapi ok la...still boleh control...tapi apa yang best ari nie kan...aku leh duk dekat2 lagi ngan dia tau dan dia dah pun mula pandai nak bergurau tapi dia ari nie nampak cam busy jer...aku bukan apa..malas nak ganggu orang yang tengah busy..tapi dia layan gak la aku...aku amik seat meja sebelah dan dia duk seat meja yang satu lagi...kira ada gap la antara meja kita orang tu..tapi dia datang ngan kusi dia pastu terus duk dekat ngan aku coz nak check kerja aku...rasa cam terlalu dekat la plak sampai aku tak berani nak mengadap dia balik coz takut tersentuh apa yang tak sepatutnyer la...mana la tahu kan..nanti tak pasal2 jadi issue plak kat ofis...dalam dia duk tengah check kerja aku tu..buleh plak tangan dia tu tersentuh tangan aku...tak tahu la secara sengaja ke tak dan tak tahu jugaklah sama ada dia perasan ke tak time tu...aku rasa cam dia tak perasan kut yang tangan dia leh sentuh tangan aku coz kalau dia perasan mesti dia dah said sorry...ayat tu yang dia selalu guna kalau dia tersentuh tangan aku tanpa sengaja..tapi aku rasakan tadi memang dia tak sengaja dan maybe dia tak perasan...(alangkah baik kalau time tu dia perasan pastu buat-buat tak tahu..akulah orang yang paling happy time tu)..biler jer tangan dia tersentuh tangan aku, aku pun jauhkan ckit tangan aku dari tangan dia...time tu hanya Tuhan saja yang tahu betapa sejuknya tangan aku dan betapa menggigilnyer tangan aku time tu...even benda ni berlaku secara tak sengaja tetapi ianyer cukup-cukup membuatkan hati aku berdebar tak menentu..rasa cam ais menyiram di kepala biler tangan kami bersentuhan...
Tapi kali kedua aku jumpa dia tuk ari nie...it's look like dia dah tak nak layan aku sangat...dia buat cam donno jer dengan kehadiran aku time tu padahal aku cari dia pun coz tuk tanya kerja bukan tuk menggatai ke apa ker...coz sebelum tu aku dah tanya dia leh ganggu ke tak tapi dia cakap leh jer nak ganggu..so aku pi la jumpa dia coz nak settlekan kerja aku tu...tapi dia tak nak layan sangat aku dan time tu hati aku rasa cam aku ni terhegeh-hegeh plak kat dia..rasa segan tiba-tiba datang menyerang dan ngan serta merta jer aku balik semula ke tempat aku...aku rasa better aku duk kat tempat aku dari aku pi jumpa dia...rasanyer dia pun dah leh agak yang aku nie nak menggedik ngan dia...excuse me..bukan nak menggedik tapi nak settlekan kerja coz aku leh bezakan lagi time tu menggedik ngan time tuk buat kerja...aku rasa lepas ni aku dah tak nak lagi jumpa dia melainkan keadaan yang memaksa aku tuk jumpa dia...
Rupa-rupanyer teruk jugak erk biler dilanda perasaan angau nie..dan kini baru aku rasa macam mana orang lain rasa biler mereka kata kan yang mereka hanya bertepuk sebelah tangan...kini aku merasainyer coz aku pun hanya bertepuk sebelah tangan...cukup-cukup menyedihkan dan mengecewakan tetapi terpaksa bersikap slumber coz kena kerja bawah satu bumbung...cam ner aku nak lari dari dia coz aku tak pernah nak berjaya lari dia dia...even aku tak jumpa dia dalam masa satu hari tetapi kepala aku sentiasa memikirkan kehadiran dia jer...every seconds aku menunggu kedatangannyer...Ya Allah...bantulah aku tuk lupa kan dia kerana aku tahu dia bukan tercipta untuk aku...
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)