Friday, May 27, 2011
Sekali lagi hati aku terguris...baru2 ini aku dapat tau yang best friend aku telah buat keputusan untuk duduk berasingan dari aku biler kita orang diminta untuk berpindah ke Level 21...benda ni pun aku dapat tahu dari mulut member aku yang sorang lagi..kini dah jelas terbukti yang kami sekarang bukanlah lagi best friend tetapi hanya sekadar friend...dah jelas lagi tersuluh yang dia kini mula mahu menjauhi diri aku...apa lagi yang perlu aku kata kan kalau dah itu yang dia ingin kan...memang ini yang tersurat untuk aku dalam persahabatan kami..inilah dugaan yang paling besar dalam hubungan kami..kini ibarat retak menanti belah...
Semalam (27/5/2011)...aku telah movekan barang2 aku Level 21 coz next week dah fully kena ada kat bawah...so terpaksa la pindahkan semua barang yang ada semalam...kau tak pernah nak pesan kat aku suh bawak turun barang kau sekali biler kita kena move...kau tak pernah nak cakap ngan aku tuk duk sekali biler kita move nanti...semua tu kau tak pernah nak cakap ngan aku...kau dah berjanji dengan orang lain terlebih dahulu sebelum sempat aku membuat janji dengan kau..dah terlebih dahulu membuat janji...apa yang perlu aku katakan lagi sekiranyer tu yang kau inginkan...aku bukan apa...aku cuma nak senangkan kerja kita nanti memandangkan kau ngan aku berada dalam satu domain yang sama tapi dah kau membuat janji terlebih dahulu...aku turutkan...aku tak nak kau menjadi seorang yang mungkir janji..berpeganglah pada janji yang telah kau buat kan...
Selepas ini kita tidak akan berada berdekatan lagi...maybe ini yang lebih baik untuk kita kan?? kerana selama ini pun even kita duk bersebelahan kita macam duduk berjauhan kan...aku rasa ini lah yang terbaik untuk kita nanti...aku bukan nak mealrikan diri tetapi aku terpaksa jugak melarikan diri aku kerana semuanyer telah kau tetapkan sendiri...kau sendiri yang cuba menjauhkan diri dari aku so tak ada apa yang perlu aku katakan lagi selepas ini...aku terima semua ini...maybe selepas ini kau akan lebih gembira lagi dengan member yang baru...cukuplah kau berduka ketika kau menjadi kawan aku selama ini...maybe aku tak pandai untuk menjaga hati seorang sahabat sampai kau terpaksa berduka ketika kau bersama dengan aku dan kau lebih gembira sekiranyer kau berada dengan kawan yang lain...cukuplah segala duka yang aku berikan kepada kau selama ini...kau carilah kebahagiaan kau mulai sekarang...aku tak akan menghalang perjalanan kau untuk mencari kebahagiaan dalam hubungan persahabatan..carilah kebahagiaan yang kau inginkan itu...semoga kau menemuinyer...
I'allah...kalau dah ditetapkan oleh Tuhan yang kita ini akan kekal sebagai sahabat karib kita pasti akan bersatu seperti dulu suatu hari nanti..dan seandainyer hanya setakat itu saja yang termaktub untuk kita menjadi kawan aku terima nyer denga redha kerana semua itu telah ditetapkan oleh Dia Yang Maha Penentu...hanya Dia yang mengethaui apa yang baik dan apa yang buruk terhadap umatnyer...aku terima dengan seikhlas hati...akan ada hikmah disebalik semua yang berlaku ini...mungkin Tuhan ingin menguji sejauh mana tahap kesabaran setiap umatnyer...aku berserah hanya kepada Mu untuk menentukan semuanyer...
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)