Friday, May 27, 2011
Saturday, May 7, 2011
Ari nie (8 May 2011) aku happy sangat sampaikan aku mampu mengalirkan air mata kerana terlalu happy sangat2...akhirnyer sahabat karibku telah selamat melahirkan baby lelaki yang cukup sempurna pagi tadi kul 9.42 pagi...aku gembira sangat2 sampai tak terkata..apa yang dijangka jauh sekali berlaku...begitu cepat masa berlalu dan kini dia telah bergelar seorang ibu kepada seorang baby lelaki yang cukup cute sekali...syukur alhamdulillah kepada MU Ya Allah kerana kau permudahkan urusan sahabat karibku itu untuk melahirkan seorang umatmu di atas muka bumi ini...Terima Kasih Ya Allah kerana KAU telah melindungi dia dari segala marabahaya..hanya kepadaMU aku memanjatkan kesyukuran...
Betapa gembiranya hati aku nie...walaupun hubungan aku dengan dia sekarang tidak seperti dulu tetapi perkhabarannyer yang telah melahirkan anak itu sampai jua kepada aku even aku orang yang ke berapa entah mengetahui benda nie...aku harapkan biarlah aku menjadi orang yang pertama mengetahui benda nie selain dari family dia..itu yang aku harapkan...
Sahabat...kini kau telah bergelar seorang ibu...betapa besarnyer pengorbanan mu wahai sahabat demi melahirkan seorang lagi umat di atas muka bumi ini...tahniah aku ucapkan kepada mu dan suami mu wahai sahabatku...aku cukup bahagia sangat2 kerana kau sudi memberitahu aku tentang kelahiran bayi mu itu kepada aku walaupun hubungan kira sekarang nie tak seperti dulu...terima kasih sangat2 sahabat...sekurang-kurangnyer aku mengetahui perkara ini dari mu sendiri mahupun dari suami mu....terima kasih tak terhingga aku ucapkan...
Hari ini merupakan HARI IBU dan dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat HARI IBU kepada mu wahai sahabat karibku...hadiah yang paling bermakna kau dapat tahun nie dengan kelahiran putera sulung mu itu...semoga putera mu itu menjadi orang yang berguna kelak..didiklah dia dengan sesempurna yang mungkin...
Wahai baby yang baru lahir...membesarlah engkau menjadi anak yang berguna kelak kepada kedua-dua orang tua mu kelak...janganlah engkau mengabaikan mereka nanti wahai baby..berikanlah mereka kebahagiaan hidup di dunia mahupun di akhirat dengan memiliki mu sebagai putera mereka..ketahuilah kau wahai baby ku bahawa CIK RA tak terlepas dari memandang mu dalam kandungan ibu mu lagi...CIK RA sentiasa melihat mu wahai baby ku...ingatlah wahai baby ku betapa susahnyer ibu mu membawa mu kemana-mana saja...selama 9 bulan dia membawa mu di dalam kandungannyer tanpa sedikit pun perasaan mengeluh lahir dari bibirnyer wahai baby ku...ingatlah itu wahai baby ku kerana CIK RA sentiasa berada disisi ibu mu sepanjang ibu mu mengandungkan diri mu wahai sayangku..ingatlah semua itu wahai baby...CIK RA sayangkan baby dan CIK RA jugak sayangkan ibu mu wahai baby kerana persahabatan kami yang cukup akrab...dengarlah kata nasihat dari CIK RA wahai baby...layanlah mereka sebaik mungkin..janganlah engkau sesekali menyakiti hati mereka wahai sayang ku...CIK RA doakan semoga baby sihat selalu dan menjadi anak yang berguna kelak...itu saja yang mampu CIK RA laku kan sayangku...